Isra' Mikraj dan batu terapung sebenar..

Post lama di tayang kembali....

Salam menyambut Isra' Mikraj yang akan tiba..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan julai tahun 2010. Masyaallah.. laju Pantas betul masa berlalu. Kuasa Allah s.w.t yang sungguh besar. Subhanallah..

Baiklah.. mungkin ramai yang masih tidak pernah melihat batu terapung yang sebenar2nya. Kebanyakkan sebelum ini ramai yang telah menerima email dan gambar palsu tentang batu terapung... so guys, ini adalah gambar sebenar..



Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.


“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Dulu aku dgr cerita tentang Isra' Mikraj ni banyak yang lain2 berbeza dan gambar pun banyak yang palsu. Tetapi setelah terjumpa cerita dan gambar sebenar di WP Qhazanah makanya aku nak kongsi2 le kat korang. Korang boleh klik Qhazanah untuk cerita2 dan gambar2 selanjutnya.

Gambar asal di atas adalah dari blog Qhazanah dan diubah sedikit utk simpanan aku. Kredit untuk Qhazanah..

  • Gambar pertama adalah batu terapung sebenar dari sudut atas
  • Gambar ke-2 pula adalah para jemaah yang mengambil kesempaan untuk bersolat dibawah batu terapung ni.. bahagian bawah batu ini boleh memuatkan seramai 100 lebih orang.
P.S. Masih mencari masa yang sesuai untuk pergi ke sini.. insyaallah.. =)

Ok guys, aku nak tdo dah. mata dah tak blh tahan. Macam dah kena gam (melekat) tapi still cuba untuk update n3 pendek tapi tak panjang =) .. Selamat membaca dan salam malam.. Oh yes.. pada malam Isra' mikraj harus perbanyakkan membaca Al quran dan solat sunat.. Insyaallah sama2 kita amalkannya dan mudah2an segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t... Amin

2 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Jumaat, Julai 09, 2010
terima kasih kerana berkongsi dgn kami ;)

Allahuakhbar!
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Julai 09, 2010
salam meoww

hey no mention k.. kita sama2 kongsi kasih.. opppss.. kongsi ilmu