Bola sepak di telefon pintar



salam demam bola lagi..

Berita dari Kosmo : PIALA Dunia merupakan pentas terbaik pemain-pemain antarabangsa menunjukkan bakat dan kemahiran individu untuk menggenggam piala berprestij tersebut sekali gus melakar sejarah tersendiri dalam sukan bola sepak.

Kemeriahan Piala Dunia 2010 tidak hanya dirasai pemain yang bertanding dalam kejohanan di benua Afrika itu, malah peminat fanatik di seluruh pelosok dunia turut berpesta. Gelombang Piala Dunia sudah tentunya menghantui penggemar sukan bola sepak tanah air yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kelibat bintang ternama dunia.

Mereka sanggup bersengkang mata demi menyaksikan pasukan dan pemain kesayangan berentap meraih kejayaan dalam kejohanan yang bermula 11 Jun lalu sehingga 11 Julai ini. Bahkan, kaki bola bukan sahaja menyaksikan perlawanan di rumah malah kedai mamak, warung, kopitiam dan pelbagai lokasi lain untuk merasai bahang Piala Dunia.

Bagaimanapun, tidak semua penggemar sukan bola sepak yang bertuah dapat menyaksikan setiap perlawanan dipancarkan secara langsung di kaca televisyen apabila dibatasi faktor kerja atau lokasi persinggahan anda seperti sewaktu pulang ke kampung tidak mempunyai siaran perlawanan Piala Dunia.

Senario ini bakal berubah apabila menggunakan inovasi terbaru ditawarkan All Asia Networks Plc. (Astro), Astro B.Player yang membolehkan pengguna menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi komputer dan telefon pintar.

Ulasan lanjut sila baca sini
dan klik web astro untuk keterangan lanjut..

4 comments.. read them below or add one

white rose white rose Khamis, Julai 01, 2010
bertambah2 laa parah keadaan peminat2 bola ni bila astro & mane2 pihak cuba pertingkatkan kemudahan menonton bola...

hbis laa keje...
silap ari bulan keje ntah kemana, anakbini ntah kemana...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Julai 01, 2010
salam white rose

nampak gayanya gitu le kira2nya
nak buek cam no dah giler bola
makan bola, tdo bola, mani bola semua mata nampak bola.

nasib nak tdo sebelah isteri tak nampak bola. slap2 tersepak le si isteri pasal ingat bola..

moga2 semua suami2 jgn le lua tanggungjawab pada keluarga ya...
kasihkasih Khamis, Julai 01, 2010
Hi nur apa khabar? Lama tak singgah dan tinggal komen kat sini. Rindu le pula bila tak baca entry kat sini.
Memang pun. Husband i pun sama. Tapi kerja dan tanggungjawab tetap tidak diabaikan. Cuma masa saja buat i tersepit antara bola dan isteri. He3
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Julai 02, 2010
salam kasih,

khabar baik. lama tak nampak iba2 muncul. hehehe.. honeymoon ke?

alhamullilah..kalau semua hubby mcm tuh kan bagus. kena le pandai bagikan masa antara bola dan keluarga..

p.s. nasib hubby i tak giler bola. dia lebih suka fokus d keja dan family.. =)