Ular tedung tu... besarrrr giler

Dum dum dum... pintu diketuk kuat...

'Sape tu' tanya makcik Odah

'Is ni.. bukak pintu cepat mak..' sahut suara dari luar dengan suara terketar2

mak Odah dengan deras membuka pintu. Berdiri sekujur tubuh yang basah kuyup sambil terketar2 lalu terus masuk ke dalam dengan muka pucat lesi. Memandang mak Odah tanpa sepatah kata...

"ni dah kenapa le plak. kena kejar hantu ke?' tanya mak Odah gurau sambil menghulur segelas air masak.. selang lima minit baru le Is ceritakan apa yang berlaku..

"Tadi petang Is dengan Berong pegi memancing kat sungai menghala ke Tanjung Sedeli.. Kat situ memang best memancing. Ikan besar2.. lagi pun dah lama tak pancing kat situ" ceta Is  

Mak Odah kusyuk mendengar cerita Is sambil mengunyah cekodok ikan bilis...

"Masa tengah syok memancing, Is dengar bunyi macam orang memukul kayu.. bunyi macam 'pah pah pah' lebih kurang macam tu le, tapi tak berapa kuat sangat"

"lepas tuh apa jadi?" sampuk Adik.. anak Mak Odah yang bongsu

"ishkkk kau ni... sabar le.. dengar dia cerita dulu" sampuk Mak Odah

"Mula2 buat dek je.. ingat bunyi apa. Kitorang sambung le memancing. Berong dah ajak balik sebab hampir maghrib tapi orang kata kejap lagi" katanya dengan muka berkerut sambil memakan cekodok

"lepas tu.. apa jadi" tanya Adik lagi tak sabar nak tau cerita selanjutya

"Bunyi 'pah pah pah' tu semakin kuat. Kali ni memang kuat. Berong tengok kiri kanan depan belakang kat mana datang bunyi tu. Is pun dah tak sedap hati terus kemas joran. lepas tu Berong menjerit 'Ular Is... lari2'.. lepas tu apa lagi lari lah.." cerita Is ketawa

"lepas tu? sampuk Adik lagi

"Nasib park kereta parcking tak jauh. Kitorang lari bagai nak rak.. Ular tu kejar kitorang.. Is nampak ular tedung tu besarrr sangat kat atas pokok tinggi tu.. Bila dia nampak kitorang lari ular tu kejar... itu yang mencecet lari masuk kereta.. Kereta dah jalan pun dia kejar lagi kak..  Memang terperanjat giler tengok 'Ular tu kak... besarrr giler tu'.. " katanya

"Besar macam mana? lepas tu? sampuk Adik lagi

"Besar giler.. Bila dia kembang macam saiz surat khabar harian metro. Warnanya merah coklat macam warna tanah. yang pelik tu dia kejar lagi hingga kitorang sampai ke jalan raya baru dia berhenti.."

"Panjang ular tedung tu macam mana?" tanya Adik lagi

"Perghhh.... kalau dah kepalanya besar mcm Harian Metro mestilah panjang.. ada le dalam 8- 10 kaki kot.. " agak Is

"ehhhh... besarrr tu.. kenapa tak ambik gambar?" sampuk aku tiba2..

"Dah ketakutan kak nur.. ni pun joran Berong tak sempat nak diselamatkan.."

"Kalau dapat tangkap ular tu mesti best kan... mana pernah tengok ular tedung besar macam tu.. dan lagi lain kali kalau dah rasa2 maghrib nak sampai, sendiri mau ingat le.. waktu solat kena jaga. Ular tu suruh kau balik maghrib.. itu baru ular, kalau malaikat maut datang mcm mana? ingat tu" aku mengomel sambil mencekak kepala Is.. macam WWF gitu.. Hehehehe...

"Iya.. ingat. tapi memang tak pernah tengok ular tedung besar mcm tu..ishhkkk takut le" jawab Is sesal tak sudah.. sejak kes tu berlaku dia dah tak pegi berjoran lagi..

P.S.. Ingat semua... pancing pun pancing jugak.. tapi masa solat pun kena jaga.. baru dapat berkat.. ikan2 pun suka makan joran korang... tak caya? cubalah..
Ular tedung tu... besarrrr giler

4 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Selasa, Jun 15, 2010
wahh dah tukar layout yer..ganas! ada petir2 gitu ;)
Nur Nur Selasa, Jun 15, 2010
salam meoww..

kemarahan pada Yahudi.. itu yg berpetir tu.. hehehehe...

rasa2nya yg dulu ok ke yg ni..

komen jujur..
Nur Nur Rabu, Jun 16, 2010
hey Jason

thanks dude.. pls do visit me again