Selamat tinggal sahabatku...

Hari ini aku menerima khabar bahawa sahabat aku (Rai) telah kembali kerahmatullah bersama dua anaknya yang berusia 10 tahun dan 8 tahun.. Kemalangan tidak berbau itu berlaku dalam sekelip mata saja.. Suami beliau mengalami patah 4 rusuk kanan dan juga bahu telah sedar dan berada di Hospital Kluang dan dua lagi anak beliau berusia 9 tahun dan 3 bulan masih dalam keadaan kritikal dan berada di Hospital Tuanku Aminah Johor Bharu. Difahamkan bayi mengalami luka parah dibahagian kepala dan muka dan seorang lagi mengalami kerosakan teruk pada limpa..

Aku berdoa semoga kedua2 anak beliau selamat dan dipanjangkan umurnya..
Selamat tinggal Sahabatku.. Semoga roh mu dan anak2 mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman... Amin ya rabbal a lamin..
Selamat tinggal sahabatku...

0 comment... add one now