Drive safely cikgu cikgi


Salam sambut hari sekolah esok..

Cikgu dan cikgi dah ada kat rumah semua? Esok dah start sekolah balik. Mana yang baru nak berangkat pulang kerumah masing2 tuh mesti rasa letih dengan traffic yang giler panjanggg.. Sekarang banyak kes kemalangan berlaku. Kalau nak balik rumah masing2 haruslah pandu pada siang hari. Kalau nak pandu malam, make sure tidur secukupnya. Iyalahkan.. jasa cikgu2 memang diperlukan oleh pelajar2. Kalau hilang seorang cikgu yang berkaliber dan disayangi, murid2 nak belajar pun hilang tumpuan. Jadi hati2 bila memandu..  Jika mengantuk berhentilah ditempat yang lebih selamat.. Jangan berhenti di jalan kecemasan atau ditepi jalan raya.. Amat lah merbahaya.

Kalau boleh jika pasangan boleh memandu cubalah berganti2.. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Iyalah... suami pandu sampai tersengguk2.. isteri pula sedap tidur sebelah atau sebalikya.. So saling bantu membantu amalan mulia.. Abang makin sayang dan adik makin gerammm... Ok guys... Selamat memandu dengan selamat... Drive safely  =)

2 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Isnin, Jun 21, 2010
eh tukar layout lg hehe..nice2

p/s: sy bkn cikgu dan sy bkn cikgi, eh! cikgi tu ape hohoh..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Jun 21, 2010
salam meoww..

tukar lagi der. heheheh... =)

dulu masa zaman sekolah kitorang suka gelar cikgu tak masuk kelas 'cikgi'.. maksudnya 'cikgu cuti' jadi di pendekkan jadi cikti.. so tukar lagi jadi cikgi..

hehehehe.... gurau2 dgn cikgu.. =)