S. Samsudin cedera sahaja bukan meninggal dunia


dari kiri: Datuk Sudin, Pak Mustarjo, Datuk Aziz Satar dan Tan Sri P Ramli

Salam Mambo semua....

Hari ni aku berkesempatan curi masa sikit nak tulis artikel pasal Datuk kesayangan aku S. Samsudin yang tinggal di Singapore.. Bukan datuk betul cuma aku gelarkan dia Datuk Sudin sebab dia cool je.. Terhibur hati bila tengok lawak jenaka yang dilakonkan.. Memang superb.. Tak ada pelakon yang boleh tiru gaya dia walaupun anak dia sendiri..

Semalam berita tentang Datuk Sudin kecoh dan memeranjatkan semua orang. Macamana le orang boleh kata Datuk Sudin dah meninggal dunia sedangkan dia cuma cedera saja.. Datuk Sudin hanya cedera di bahagian tulang pinggul setelah terjatuh dari katil di rumah anak bongsunya Noreda di flat Bukit Batok semalam..

Menurut isterinya Puteh Esmoon, Datuk Sudin demam sudah 3 hari. Sejak beliau jatuh dan mengalami keretakan tulang, beliau semakin menjadi pendiam. Sifat periang dan bercakap tanpa henti apabila berborak bersama rakan2 atau seseorang yang menziarahinya hilang begitu sahaja.

P.S. Semoga Datuk Sudin cepat sembuh dan dapat menjalankan rutin hariannya seperti biasa.. Senyum Datuk Sudin dan ketawalah selalu...

4 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Selasa, Jun 29, 2010
yerlah kan...sesuka hati je dorang ni menyebarkan cerita

smoga atok sudin cepat sembuh, amin..

eh tukar layout baru lagi yer..purple kaler i loike~
nurmisnan nurmisnan Selasa, Jun 29, 2010
salam meoww

kadang2 berita ni boleh buat orang sakit jantung.. heart feeling.. hehehehe... bahaya tuh

insyaallah semoga Datuk Sudin cepat sembuh seperti sedia kala.. kasihan dgn derita yang dia alami..

rasanya mcm nak pegi ziarah je.. dah dekat spore nih..

hehehe... layout baru.. mood baru.. tgh layan jahit langsir berwarna warni, itu yg berbunga je mata ni.. lawa bukan.. (blushing)
white rose white rose Rabu, Jun 30, 2010
salam akak...
saya dah baca pasal pakcik sudin nih...

suke btul dgn lakonan dia...

dialog2 dia banyak sy hafal...
hehehehe...

smoga dia cepat2 sembuh...
nurmisnan nurmisnan Rabu, Jun 30, 2010
salam white rose

memang dah ramai tahu cerita ni
tapi banyak yang tak betul..

seronokkan tgk telatah dan lawak dia.. kalau tgk ceta bujang lapok dan seangkatannya mesti tak boring..

insyaallah semoga cepat sembuh...