Pakai baju tak cukup kain, dah macam nak......

Salam korang,

Tadi masa waktu tengahari aku dan mak pergi cari langsir baru. Iyalah kan.. aku ni suka sipakan awal2 lagi. Kalau buat lambat, tak ke naya aku nak jahit langsir sorang2 sampai patah pinggang huhuhuhu... Jadi tempat shopping langsir mestilah aku pegi "Nagoya". Tengah murah giler. Itu sudah mesti..

Masa tengah parking kereta kat shopping Giant Plentong, JB, aku terpandang le satu aweks ni dalam lingkungan 30an dengan seorang perempuan yang agak berumur dalam lingkungan 55 keatas. Mungkin mak dia kot. Tapi aweks ni sikit punya seksi dowh.. Pakai baju bagaikan tak cukup kain. Dah macam nak terkeluar je yang part 'dada' dia. Mata aku plak bagaikan naik rabun tengok aweks nih. Dah le pakai glasses, ni kena tambah lagi kanta lengkap.. Choiiii choiiii choiiii... bukan suka tengok tapi meluat dan luak nak tengok. Kalau cantik takpe, ni londeh je. Mak aku pun perasan tapi dia buat dek je. Dia cakap kat aku

"biar le.. dosa dia tanggung.. kalau mak dia tak tegur, itu dosa dia dgn Allah"

Aku senyum je sambil mengalihkan pandangan pada perempuan tua itu. Dari riak wajahnya seolah2 dia merasa malu dengan pakaian anaknya tu.

Aku bukan apa, mak perempuan tu sikit punya nampak sopan je dengan tudung dan berbaju kurung. Anak perempuan dia, mak aiii.... macam tak rasa bersalah je berjalan dengan mak dia.. Kalau adik aku yg buat, lama dah aku pelangkong.. kasi benjol itu kepala huhuhuhuh. Tapi yang bestnya aweks tu sempat menarik2 baju dia ke atas sikit kasi tutup itu "dada".. Tau plak malu.. masa nak pakai tak pk malu. Dia perasan aku sedang memerhatikannya tapi aku buat dono sambil mengalihkan pandangan aku ke arah lain. Bila aku cuba toleh balik kat aweks tadi, hilang le plak. Macam biskut..

P.S.. Aku berharap agar kita2 semua kaum perempuan dapat menjaga maruah mak kita. Bukan utk kita tapi fikirlah untuk mak kita. Takut nanti anak2 kita pula yang buat perkara yang sama pada kita... Subhanallah... jauhkanlah...

Oh yes.. my mak cukup suka giler dapat langsir baru.. 2 tahun sekali tukar.. oklah tuh.. Aku tumpang gembira jika mak aku happy.. Alhamdullilah... dengan cara ini hati aku sangat le tenang kerana dapat gembirakan hati dia...
Pakai baju tak cukup kain, dah macam nak......

{ 9 comments.. read them below or add one }

Othman Juliana Othman Juliana Jumaat, Jun 25, 2010
aku nak sangat belikan mak tiri aku langsir baru tahun ni tapi aku tak dpt2 keje lagi. damn! rasa loser gile bila tak keje ni~

**oh, aku still pakai baju lengan pendek walaupun baju aku besau2 (erk, memang le besau-saiz badan pun dah XXL!!)
(_ _')
meowwmania meowwmania Jumaat, Jun 25, 2010
londe kew hahahahah...

wahh dah buat persiapan nak raya ke nih?? tetiba ai jadik TERUJE you!
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Jun 25, 2010
frodo..
nak buat macam mana.. dapat anak yg tidak ada rasa malu..

kasihan pada maknya.. wish one day aweks tu berubah.. amin
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Jun 25, 2010
OJ..
kau tanam anggur ke sekarang?
tak apply ke kat web gov. mana tahukan... rezeki kau

Glee or loser bukan title kat kau beb.. yang penting kau dapat tolong buat keja dalam rumah pun dah kira satu ibadah.. insyaallah..selalu doa dan solat duha.. minta buka rezeki luas2..

p.s.. moga dapat keja yang baik. kalau dapat kena belanja roti canai dgn teh tarik ok tak? heheheh
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Jun 25, 2010
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Jun 25, 2010
meoww...

se ri us (bak kata frodo)
londeh.. oppss.. terlebih sudah. huhuhu

bukan nak kata buruk kat aweks tuh tapi aku plak yang rasa segan tengok dia pakai mcm tuh.

langsir ni kena buat awal2.. kalau tidak pengsan aku.. bila tiba ramadhan dah tak perlu buat apa2. jlnkan ibadah je.. =)
Affan Ruslan Affan Ruslan Sabtu, Jun 26, 2010
*Buat2 tak nampak statement no 2. hehe
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Jun 26, 2010
salam affan
statement no 2?
yang mana satu ya?

kurang faham.. =)