langsaikan hutang Tag...

Salam korang...

Hari ni aku nak langsaikan hutang aku pada cik meoww kita... Dah 2 minggu setengah kot aku tak buat. Jadinya kena le jawab walaupun ternet siput sedut aku ni selembap2nya.. Eeeeee... tension tuh..

Ok kita tengok apa je Tag yang aku dapat.. Rasanya aku dah pernah dapat Tag nih dari blogger from Dubai. Tapi lain sikit kot. Takpe... meoww punya pasal aku jawab jugaklah...

1. Tag 15 blogger you've recently discovered and think fantastic
Hmmmm... 15 blogs ya.. banyak jugak tuh. Aku ni memang tak kisah nak bg Tag kat sape2.. Bagi aku semua blogger yang baca blog aku atau tidak tetap fantastic and d bomm... Yang penting kita sama2 berblog.. tak kira yang baru baru atau senior.. mana yang dah famous amos tuh jangan le sombong nak jengah blogger2 baru dan tak sepopular mcm korang.. ingat.. ada masa air pasang surut.. tunggu je... Oppss... terlebih bebel le plak. So aku open pada semua blogger yang nak menjawab..

2. Contact that blogs and let them know they've been tagged
bab ni aku tak buat kot.. yalah.. kalau aku contact diorang thru chat mesti diorang tengok nama blog diorang ada ke tak kan.. so aku rasa sape2 yang buka blog aku, dipersilakanlah ya... =)

3. State 7 things about your self..
Hmmmm.... kalau dulu aku jawab 7 perkara tentang aku, yang ni kira aku sambunglah ya..

  1. pastikan rumah mesti bersih dan kemas. sofa, carpet atau apa juga barang2 rumah kena letak balik tempat asalnya on d dot.

  2. suka tanam pokok bunga walaupun aku tahu bukan semua pokok hidup. Aku suka halaman rumah luar dan dalam dipenuhi bunga segar dan cantik terutama Orchid.

  3. tepati janji, tak suka ditunggu menunggu dan ditunggu. memang jaki giler

  4. penyabar pada sesuatu perkara.. tapi kalau dah pijak kepala confirm that fuller kena pelangkong.. pernah terjadi.. lepas tuh aku blah.. huhuhuhu

  5. masak one of aku punya hobi. suka masak biryani pakistan dan ayam kung pow utk suami dan anak.. 

  6. ulat buku dan internet. jadi giler.. kadang2 sampai buku baca aku. itu biasa =)

  7. gembirakan hati orang adalah sikap aku dan kureng banyak pada manusia ego dan sombong...  lorattt lorattt

  8. kalau jalan mesti pakai converse dan crocs.. jgn mare aaaahh... selesa giler..
opppsss... dah cukup 7 der... tapi aku kasi 8. oklah tuh.. tak salah pun.. =) 

ok guys... selamat menjawab 'ujian Tag 5 minit..'.. hahaha.. gd luck.. aku nak sambung tengok ceta hindi "Om shanti Om".. teringat tengok movie ni dengan sahabat2 aku di Africa.. miss them so much.. minah saleh (mauren) pun suka.. She said 'superb n beautiful songs' heheheh

P.S. Cik meoww... aku dah belas kasihan dah kat kau... kira lulus jugaklah ya aku jawab Tag kau nih.. kalau sape2 tak puas hati blh comments kat sini.. akan aku betulkan. thanks guys n gd day
langsaikan hutang Tag...

1 comment... add one now

Nur Nur Sabtu, Jun 26, 2010
salam affan raslan

aku tak tau le kenapa comment kau tetiba je hilang.. kalau singgah sini lagi kau tinggalkan le tapak kaki kau ya..

sorry again