Jumlah sebenar korban di Kyrgyzstan adalah 10 kali ganda

Terkini
MOSCOW - Jumlah kematian akibat keganasan etnik yang melanda Kyrgyzstan mungkin sepuluh kali ganda lebih banyak daripada yang dilaporkan, kata pemimpin kerajaan sementara, Rosa Otunbayeva hari ini.

"Jumlah kematian yang dilaporkan iaitu sebanyak 191 sepatutnya didarab dengan 10 bagi mendapatkan jumlah kematian sebenar.

"Ini kerana jumlah kematian yang sangat tinggi dicatatkan di beberapa kawasan perkampungan selain kepercayaan penduduk tempatan yang memerlukan jenazah dikebumikan sebelum matahari terbenam," katanya kepada akhbar harian Rusia, Kommersant.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan kerajaan Kyrgyzstan, angka kematian adalah sebanyak 191 orang manakala 1,971 dilaporkan cedera dalam keganasan etnik terburuk yang pernah melanda negara ini dalam tempoh 20 tahun itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 400,000 orang menjadi mangsa dalam keganasan itu dan pasukan bantuan antarabangsa sedang giat menghantar bantuan.

sumber dari satUmat
Jumlah sebenar korban di Kyrgyzstan adalah 10 kali ganda

2 comments.. read them below or add one

Sufi Asri Sufi Asri Ahad, Jun 20, 2010
ramai nye yg terkorban? =(

berita baru ke nie? kenapa saya baru tahu? huhu~
nurmisnan nurmisnan Ahad, Jun 20, 2010
salam zoro, ramai yang mati tapi paper x sebut pun berapa jumlah kematian sebenar..
Lagipun kau kan tgh bersedih.. Itu yg shahdu je tu... =