Couple yang bodoh sombong...

Salam

Hari ni aku cuma nak kongsi cerita yang sangat2 le menyakitkan hati aku.. Kisah sepasang couple perasan cun tapi miskin adab sopan.

Kisah ni berlaku petang tadi di Jusco Tebrau Johor. Aku dan adik2 menghala menuju ke panggung wayang untuk menonton cerita 'Karate Kid'. Masa aku tengah naik escalator, seorang wanita dalam lingkungan 40an bersama 2 orang anak dalam lingkungan usia 10 dan 11 tahun bertanya kat couple yang berdiri depan dia;

"Maaf ya bertanya, panggung wayang tingkat berapa?" tanya wanita tu pada mereka berdua

Tanpa menoleh dan menjawab soalan, mamat dan aweks sengal nih boleh ketawa 'kihkihkihkih' lalu blah macam tu je.. aku yang berdiri belakang wanita ni jadi geram dengan sikap diorang. Rasa nak sound je tapi malas nak layan orang bodoh sombong macam tuh.

Aku lihat muka wanita tadi macam bengang je dengan sikap diorang.

''Maaf puan, kalau nak ke panggung wayang boleh ikut saya. Kebetulan saya nak kesana" kata aku perasan ramah.. (blushing) huhuhuhu

"Terima kasih.. Maaf lah ya, saya baru je sampai JB. 1st time datang nak shopping kesini. Itupun anak2 yang ajak nak tengok wayang." ceritanya ramah sambil tersenyum..

Cantik.. memang cantik orangnya. Putih gebu ala2 peranakan jawa belanda. Orangnya memang bergaya dan nampak mewah.. Sepertinya dia ni 'somebody'.. dont know.. 

"Tak pe puan.. kebetulan pun kita sama hala" kataku

"Oh ya.. nama saya Farah dan ini anak2 saya.. nama awak? tanyanya ramah sambil menghulur salam

"Saya Nora.. Puan call saya Nur je" jawab aku dengan salam disambut

"Maaf puan, saya rushing sebenarnya.. Hopefully kita dapat jumpa lagi. Nice to know u puan"

"insyaallah dan saya juga berharap dapat jumpa Nur lagi..." jawabnya ringkas berlalu pergi..

P.S. Bagi aku ini satu pengajaran untuk lelaki dan perempuan yang masih berdarah muda.. Belajarlah beradap sopan dengan orag yang lebih tua dari kita. Tidak ada ruginya jika kita saling tolong menolong dan hormat menghormati... Macam kes mamat dan aweks dua orang tadi harap muka saja cun tapi perangai macam ..........??? 

Senyum itu satu sedekah.. jadi selalulah amalkan senyuman yang menawan untuk orang dan mereka yang tersayang
Couple yang bodoh sombong...

{ 10 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Sabtu, Jun 12, 2010
kdg2 jd malu dgn sikap bdk2 yg krg adab sopan ni, kesian pon ada..tp xsume lah yg camtu kan

p/s: xrugi buat baik pd org, arini ari dia..sok lusa??
ondscene ondscene Sabtu, Jun 12, 2010
biasanya , org muda macam tu, pandang lain macam pd famili tu sebab mereka ingat, tengok wayang hanya utk org muda. tindakbalas dengan ketawa tu sebagai sindiran kepada wanita itu dan anak-anaknya, dan mungkin beranggapan, wanita itu sebagai 'tak betul'. kalaulah saya ada ketika kejadian itu, sah-sah dah saya akan terus sound couple tu...
Tetapi ada hikmahnya - oleh kerana couple tu berlagak tak tentu pasal, maka saya akan ambil alih, and at last , "this is my card...." kepada wanita cantik dan anak-anaknya itu... ha...ha..ha..!!
Sufi Asri Sufi Asri Sabtu, Jun 12, 2010
geramnya.. kalo x tahu cakap je lah kat org tue.. nie gelak2 mcm tue pulak.. geram betol !
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Jun 12, 2010
salam meoww...

diorang ni perasan bagus..

diorang tak pk kalau ini blh terjadi pada kakak, adik, abg dan mak bapak diorang..

dan bakal anak2 diorang.. akal cetek sgt..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Jun 12, 2010
salam bro ondscene

aku rasa pun mcm tuh.. akai diorang ni cuma pk yang wayang utk muda mudi je.. tapi kesian ada mata tak lihat, ada mulut tak jawab, ada lidah terjerat sendiri nanti...

bab kad tuh kan... hehehe... aku suka cara kau. bab suai kenal.. =)

aku pun nak sound jugak tapi biarlah.. satu hari nanti diorang akan kena jugak... >__<
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Jun 12, 2010
salam mr. zoro

aku yang ada kat situ lagi geram... geram nak cili pun ada.. lagi bagus kasi garam jantan.. biar jadi jantan bersopan sikit..

diorang bukan tak tahu tapi sombong bodoh. ikat kat pokok kasi gigit kerengga baguss... hahahaha
Frodo Baggins Frodo Baggins Sabtu, Jun 12, 2010
gelak n jalan?
cam cilake!!
mmg bodoh n sombong ...
kalau dajal sangat pun,
at least say something. zasss
nurmisnan nurmisnan Ahad, Jun 13, 2010
salam frodo

ini orang bukan dajal lagi tapi durjana.. hahaha

nanti ada le orang pekena kat dia tau bini dia atau yg seangkatan dgnnya.. lagi double... tungguuuu...
norish norish Isnin, Jun 14, 2010
Hi Nur,

Saya baca pun naik geram. Inikan awak yang kat situ. Kalau dapat kat saya lama dah saya sound. :)
nurmisnan nurmisnan Isnin, Jun 14, 2010
salam norish

geram tu memang pun. kalau aku sound nanti jadi lain.. parah der

takpe.. diorang bukannya tak tua. soon diorang akan kena juga..