Cara potong kuku dengan tertib

Salam salam. Cara potong kuku dengan tertib.
kali ni aku tak nak cerita pasal Misi gaza.. Aku nak relax sikit coz kepala aku naik high low kolestrol pasal Israel laknatullah nih.. Diorang nih bukannya ada hati perut. Yang ada hanya limpa yang berwarna hijau hitam macam minyak tumpah ke laut.. tapi pemantauan tetap aku buat..

Oklah.. berbalik pada 'kuku kaku kakiku'.. pernah dengar ayat nih.. dulu2 kitorang kat sekolah selalu sebut ayat nih laju2.. cuba korang sebut laju2.. 'kukukakukakiku'... jadi apa ekk..?? sendiri mau trylah... hehehe....

Cara potong kuku nih bukan semua manusia dalam dunia nih yang mengikut adab sopan dan sunnah.. Kalau rasa dah panjang je, terus potong. Bukan kira hari apa atau baca doa ke atau dimulakan dengan jari mana.... Jadi kat sini aku ada le selitkan sedikit adab sopan potong kuku kaku kakiku.. bukan adab makan je ada der... jom amalkan...

 
menunjukkan adab memotong kuku.. dimulakan dengan jari telunjuk belah kanan dan seterusnya...

Bahagian kuku tangan;
Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan, tengah, manis, kelingking dan ibu jari kanan, seterusnya jari kiri kelingking hingga ke ibu jari kiri.. ikut turutan nombor seperti dalam gambar itu..

Bahagian kuku kaki;
Dimulakan dengan jari kelingking kanan dan seterusnya mengikut nombor dalam gambar hingga ke jari kelingking kaki kiri...

Doa memotong kuku..
Seperti hadis dari Saiyidina Ja'far radiallahuan berkata..
'Barang siapa memotong kuku dan misainya pada tiap2 hari jumaat dan berkata ketika mengeratnya;
'Tiada gugur pahala seseorang itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati'

Terdapat dalam sebuah hadis nabi Muhammad s.a.w bersabda;
'Barang siapa memotong kuku pada...'

Hari Sabtu : mempunyai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
Hari Ahad : Hilang berkah
Hari Isnin : mempusakai alim fadhil (orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)
Hari Selasa : Mempunyai kebinasaan
Hari Rabu : Mempusakai jahat perangai
Hari Khamis : Mempusakai kaya
Hari Jumaat : Mempusakai ilmu dan lemah lembut

Jadi lepas nih mana yang tak pernah nak ikut atau beradab semasa memotong kukukakukakiku makanya cuba2lah amalkan sunnah ini.. memang sangat bagus dan boleh mengubah hidup kita.. Insyaallah.. Selamat beradab dan memotongg... =)

2 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Rabu, Jun 09, 2010
nice post!

fisrt time dpt email adab memotong kuku ni trus tampal kat dinding opis hehe..

tengkiu for sharing ;)
nurmisnan nurmisnan Rabu, Jun 09, 2010
salam meoww

itulah.. harap2 kita amalkannya

=)