Al Quran dan sport car


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun pengajian mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya.. lantas si anak menghajatkan kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama.

si ayah hanya tersenyum.. si anak bertambah yakin andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Setelah beberapa bulan si anak telah perolehi kejayaan yang cukup cemerlang. hatinya berbunga keriangan.. suatu hari si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. si ayah memuji akan kejayaan anaknya sambil menyatakan betapa bangganya dia sebagai seorang ayah mendapat anak yang cukup cemerlang dalam pelajaran.

Si anak tersenyum puas.. di ruang mataya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya..

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak tersenyum. Kotak bertukar tangan. Dia memandang wajah ayahnya dengan sedikit kerisauan. Dia lantas membuka hadiah tanpa sebarang kata.. Penutup kotak di buka.

"Apa semua ini ayah" tanya si anak

Dia masih tidak percaya hadiah yang disangkakan sebuah kunci kereta adalah kitab kecil Al Quran. Balutan Al Quran yang sangat cantik dengan cover berkulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan.

Amarah membuak2, nafsu mudanya bergelojak.

"Ayah sengaja hendak mempermainkan saya.. ayah bukan tak tahu betapa saya menyukai kereta, bukannya ayah tak mampu hendak belikan untuk saya. Sudahlah ayah, bukan Al Quran ni yang saya mahu" kata si anak dengan marahnya.

Al Quran itu di hempasnya keatas meja bacaan ayahnya.

Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi sesaat pun untuk si ayah bersuara. Si anak terus mengemaskan pakaiannya dan meninggalkan banglo mewah milik ayahnya tanpa ucapan.

Selepas kejadian itu, si anak telah berusaha sendiri mencapai kejayaannya.. Si anak mempunyai harta sendiri, seorang isteri dan dua orang anak yang cukup cantik. Hidup si anak cukup bahagia namun hatinya masih lagi sunyi dan tersentuh. Sudah 10 tahun si anak meninggalkan ayahnya tanpa menziarahinya.

Satu hari si anak menerima panggilan telefon dari peguam ayahnya. Berita tentang kematian ayahnya yang baru saja meninggal dunia semalam. Peguam si ayah meminta si anak untuk pulang kerumah agar si anak dapat mewarisi semua harta si ayah kepadanya. Si anak tiba di banglo milik ayahnya. Terlalu banyak kenangan menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya.

Si anak berjalan menghala kebilik bacaan si ayah. Tiba2 hatinya menjadi sebak.. semakin sebak apabila menadapati diatas meja ayahnya masih ada lagi hadiah Al Quran yang dia terima 10 tahun dahulu. Seolah2 si ayah masih setia menunggu mengharapkan kepulangan si anak. Perlahan2 langkahnya menuju ke meja lalu mengambil Al Quran itu sambil membelek2 dengan penuh terharu. TIba2 jatuh sesuatu dari Al Quran itu.

"Sampul surat?"

Sampul surat di ambil dan di buka. Alangkah terperanjat si anak apabila isi dalan kandungan sampul itu terdapat kunci, surat dan sekeping resit pembelian kereta idamannya yang telah dilunaskan bayaran oleh si ayah pada hari Konvonya.

Si anak membaca sepucuk surat tulisan yang sangat dia kenali..

isi surat tersebut "Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku"

Air mata si anak menitis bagai hujan.. hatinya bagai si tusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang namun semunya sudah terlambat..

P.S. Sekadar renungan bersama.. berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata2 kerana nikmat itu tidak di "bungkus" di datangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati... Dan sabar itu iman. Jika si anak seorang yang penyabar maka sesalan tidak akan berlaku.

nukilan dari email yang aku terima untuk di kongsikan disini... aku rasa ramai yang tahu cerita ni. takpelah yang penting banyak pengajaran yang kita belajar dari kesilapan si anak ni. harapany agar kita2 semua dapat menghormati menghargai hadiah yang diberikan oleh orang tersayang walaupun tidak menepati citarasa kita.. tetap bersyukur ada juga yang sudi memberi hadiah pada aku..
Pic credit to mr. google

4 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Khamis, Jun 17, 2010
sedihnya..

peringatan utk kita :)
nurmisnan nurmisnan Khamis, Jun 17, 2010
memang sedih..

kes ni pernah terjadi pada kawan baik aku.. tapi cuma bezanya bukan lelaki.. lepas kematian ibunya dia sangat kesal dan terus menjadi pendiam..

semoga kita sama2 mendapat pengajaran dari cerita ini..