teringat zaman sekolah... terasa mudalah pula

Haiiii.... rasanya macam sekejap je hari berlalu.. iyalah kan tup tup tup dah 19hb Mei 2010. Tak macam zaman dulu2..  Masa dan waktu dulu sangat le lambat tak macam masa sekarang. Laju macam gasing. Kalau ada meeting atau temujanji mesti tak henti2 tengok jam takut lambat. Kalau le kena hari hujan lagi le menyiksakan.. Jammm giler beb. Trafik sana sini. Confirm orang yang tunggu kita naik panassss walaupun cuaca hari hujan.. sejukkkkk.. Masa tu pandai2 le beri alasan.. Alasan Trafik teruk giler.. tu je..

Cakap pasal masa aku teringat waktu aku zaman kanak2. Lagi2 bila time sekolah.. asik tengok jam je. Dalam hati bila lah nak balik ni.. Cepatlah pukul satu tengahari. Perut dah lapar. Kepala asik ingat mak kat umah. Hehehehe.. kalau fikir balik zaman sekolah ni terasa muda lah plak. Aku masih ingat lagi masa tuh aku dalam darjah satu. hari pertama persekolahan aku naik keretalah dengan abah aku. Abah aku daftarkan aku di Sekolah Air Panas Setapak. Tapi selepas tiga atau empat hari aku dah kena naik trak sekolah. Almaklumlah anak askar. Syok betul naik trak. Rasa macam nak pergi hutan untuk berperang. Seragam dah ada cuma tak ada senapang je. Kihkihkihkih... paling gelihati bila hari pertama persekolahan rendah aku. Sedih je.

Dalam hati dan kepala aku cuma wajah mak. Pandang kanan mak. Pandang kiri pun mak.. Semualah muka mak aku. Itu yang sensitif tuh. Toching de. Rasa seakan nak menjerit je panggil mak aku suruh ambik. Tapi malu. Kawan2 yang lain relax je. Aku je gabra. Sedih betul. Waktu rehat pukul 10 pagi dah tiba. Cikgu suruh pegi kantin. Sape ada bawa bekal boleh makan kat taman sekolah atau kantin. Mak aku bawakan bekal. Roti sandwich dengan air oren Tang. Masa tuh oren Tang ni memang the best in d KL. Kalau sehari tak dibekalkan naik minyak aku. Bukan orang minyak de. Sorry le. So bila dah masuk kelas balik kepala aku ingat mak lagi. aku jadi termenung dan hati aku hanya untuk mak mak mak.. Mak ambik aku di sekolahhhh.. Hari pertama memang tak belajar. Masing2 buat hal sendiri. Ada yang main , baca buku, kacau orang, buli orang. Aku je duduk sorang2 berangan. Tiba2 lonceng berbunyi. Dah balikkkk!!! jerit aku. Dengan pantas aku bangun beratur dengan bag kotak berwarna biru. 'Turun tangga perlahan2, jangan tolak2'. Kata cikgu. Mata aku dah meliar je cari abah aku. Tergamam jugalah aku tengok trak sekolah punya le banyak.Iyalah kan bukan trak dari Kem Tentera abah aku je. Hari ni hari pertama aku plak tuh.

Aku tunggu juga angah dan along aku tapi tak muncul2. Mata dah berair.. Abah aku kata tunggu kat kantin nanti dia datang ambik. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. tak muncul2 jugak. Mata dah merah ni.. Aku tengok satu persatu trak sekolah menghilang. Mana abah akuuuu... Akhirnya aku nampak kereta merah berhenti depan gate. Mula2 tak berganjak aku pasal itu bukan kereta abah aku. Bila keluar je orang dalam kereta tuh melompat aku sambil menangis berlari2 ke arah kereta merah tuh. Abahhhhhhh... nape lambat. Teresak2 beb.. memalukan. Aku dah tak kisah orang nak tengok aku. Gembing budak ni. Abah aku kata kereta rosak. Tak boleh start. Dia pinjam kereta kawan. Hmmmm... korang nak tau apa jadi lepas balik rumah. Angah dan along aku kena rotan. Dia marah kenapa tak temankan aku. Aku suka giler abang2 aku kena marah. Diorang berdua ni kuat buli aku masa kecik. Padan muka kau ngah long...

Sampai sini je ceta zaman kanak2 aku. Itu baru zaman darjah satu. Belum zaman darjah dua aku di Sekolah Kebangsaan Dato Panglima Adnan Port Dickson. Hmmmm... berpindah randah aku bersekolahkan. baru dapat kawan dah kena pindah lagi. Sedihhhh.... Tak pe yang penting 'Hidup lebih sedap..'.
teringat zaman sekolah... terasa mudalah pula

{ 15 comments.. read them below or add one }

Frodo Baggins Frodo Baggins Khamis, Mei 20, 2010
hahahhahahaha
kim salam kat ngah n long!!
wa tumpang happy diorg kene rotan
wakakakkakaka


>>___<<


zaman skolah mmg best!
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 20, 2010
wahhh... begitu sukanya kau angah along aku kena rotan..

aku pun tumpang happy beb.. hoyeyyyyy. anyways thanks 4 comment here bro.. wa caya lu
Sufi Asri Sufi Asri Khamis, Mei 20, 2010
hehe.. nice story bro.. tapi pesal ko x perenggan ayat yg panjang2? susah nak baca.. eh sori~ =P
Berd Berd Khamis, Mei 20, 2010
frodaud kilau!! jadah lu datang sini buat apa?

wa suka kalau budak pempuan kena rotan. nanti wa boleh tengok la ada bonjol-bonjol.

wakaka. cilake!
Hellioz Hellioz Khamis, Mei 20, 2010
comment replied

berpada-pada camne eyk?
kena cakap lapis2 ke?
aku suka buat orang 'read between the line...'

tapi xsemua orang paham...
how?
gyahhahhaha~
My Book Writer My Book Writer Khamis, Mei 20, 2010
Nur, bila baca post ni aku pun teringat... Darjah satu gak. Aku punya kes silap naik bas. Dah bawa aku kat kawasan mana tah... Panik aku. Last2 bila tengok tiket bas aku. Diorang pun antar balik. Rupanya diorang kenal parents aku. Bila sampai rumah, terus nangis lari peluk kakak aku. :D Sweet memories.

P/S Dulu kalau nampak trak askar kat sekolah mmg teringin nak naik sekali. Hehe...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 20, 2010
salam zoro...
thanks tegur perenggan aku. smlm aku menaip dgn perasaan muda gumbira.. itu pasal main terus je tak berperenggan.. ni aku dah edit balik.. aku tak marah le.. suka org tegur kalau ada silap.. tima kasih... ^^
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 20, 2010
salam s820
kesiannya kau... mcm mana le salah bus. Dah mcm kes aku jugak, tapi masa tuh aku darjah 5.

p.s.. next time kalau nampak trak askar kau naik je. lepas tu kau turunlah.. hehehehe... gurau. bab sekolah rendah memang sangat manis.. ^^
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 20, 2010
Berd.. lu angin satu badan plak tgk bro frodo kita mampir kat umah wa.. apa pasat? lu kasi tau wa..?

rotan yah... wa rasa wa nak rotan le satu mamat ni.. kasi bonjol2 itu buntut dia.. ada berani? hahahaha... gurau ya bro.. jgn melatah.. tima kasih le sudi mampir ke sini.. walaupun blog aku ni tak le seindah biasa...
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, Mei 20, 2010
rindu zaman ini;)
rasp rasp Khamis, Mei 20, 2010
salam nur, thx singgah 'umah' i aritu..sorilah transit ke sini lewat!

zaman2 skolah byk kenangan...bila kenang kembali mmg tersenyum je kan...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 20, 2010
hai jane
semua org akan rindu zaman kanak2 dan remaja.. ^_^

tima kasih sudi mampir...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Mei 20, 2010
salam rasp..
kasih dikembalikan.. huhuhuhu
kau lambat transit pasal shopping le tuh.. beli parfume atau choc bebas cukai.. ^-^

zaman sekolah memang satu kenangan yg semua org tak blh lupa. terutama yg kaki buli dan kena buli. hmmmmm... thanks mampir disini.. gd day,
tireless mom tireless mom Khamis, Mei 20, 2010
Hi Nur

Salam perkenalan. Sure ramai kawan sebab selalu and banyak kali pindah sekolah. That is the beauty of it, bertemu and berpisah.
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Mei 21, 2010
hi tireless mom
salam sua kenal =)
memang ramai kawan tapi bila dah jumpa yg sekepala lepas tuh kena moving lg sure frust giler. masa kanak2 mana le reti nak ingat ambil no telefon.. it yg lost contact.

sampai sekarang aku cuba mencari on FB atau mana2 tak juga jumpa..
thanks comment here.. mampir lg.. gd day