Top Ten Imam Muda 2010

Sallallahu ala Muhammad Sallallahu alaihi wassalam... Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w selalu agar hati sentiasa senang, tenang dan berseri kehidupan... Pahala pun banyak.

Hari ni aku berkongsi cerita perihal Pelajar Iman Muda kita. Alhamdullilah.. sejuk perut ibu2, mak2, mama2, mami2, ummi2 diluar sana yang melahirkan bakal2 peserta Imam Muda ni. Aku sendiri lhat mereka semua berkeyanian, berani, berilmu dan khusyuk mempelajari ilmu dan bakal menjadi Imam Muda Masjid WP. Insyaallah... 

Secara kebetulan aku tertukar channel Oasis Iman Muda 2010.. Yang bestnya episod kali ni mereka kena mempelajari memandikan mayat yang tidak di tuntut oleh ahli keluarga dan sedikit berisiko. Aku tengok cara mereka memandikan mayat pun sangat bagus dan lemah lembut. Jenazah of coz tidak di tunjuk wajah dan bahagian badanya. Tetapi semangat dan kerjasama mereka melakukan amat superb.

Selepas memandikan mereka khafankan dan kebumikan. Yang menarik semasa menurunkan jenazah di dalam tanah ada terdapat air bertakung tetapi tidak le sampai memudaratkan mayat itu.

Semoga kita sama2 sentiasa dan mesti mengingati MATI.. Bila dan dimana? jangan ditanya yang penting mulai sekarang bersedialah dengan bekalan kau untuk menempuh hari kematianmu dan hari akhirat kelak..

1) Kredit tinggi untuk Pelajar 'Shakir' 18 dari Kelantan. Kesungguhan, keyakinan serta keberaniannya sangat bagus. Tetapi belum tahu lagi adakah dia kekal sebagai Pelajar Imam Muda? tungguuu

2) untuk Muhammad Khairul Azahar Ghazali dari Kedah pula dia sangat khusyuk membaca talkin. Khairul amat memahami apa yang terkandung dalam talkin yang dibacanya sehinggakan beliau seperti menangis. isi kandungan talkin itu menceritakan bagaimana anggota kita di mamah cacing hingga hancur.. itu le serba sedikit terjemahannya.. nak lagi tahu baca sendiri ok..


3) Amiril Md Banin dari Kuala Lumpur pula selalu mengantuk dalam kelas. Tetapi yang bagusnya walaupun begitu dia amat tekun belajar dan peramah dengan masyarakat. Dia sangat dipuji oleh Ustaz.. 

Walau apa pun aku menyokong kesemua Pelajar Imam Muda. Semoga impian mereka menjadi nyata.... Good luck to all..
 
P.S. semua gambar aku bg credit kat mr. google

0 comment... add one now