Jam tangan Omega tahun 1960 - 1970

Ni le yang kitorang jumpa... tengah mengemas barang2 rumah terjumpa jam tangan arwah abah mertuaku.. Jam tangan jenama Omega Seamaster tahun 1960 - 1970. Aku tak sure kalau di baiki balik jam tangan ni boleh hidup lg ke tak.. apa2 pun kitorang simpan untuk kenangan arwah abah.... Lagi pun jenama Omega adalah jenama jam tangan kegemaran aku sejak dulu. Sekarang aku dan mr. hubby mempunyai minat mengumpul jam tangan jenama Omega.





Walaupun agak berkarat sedikit namun quality jam tangan ini masih bagus. Iyalah kan dah lama sangat dalam kotak.. tak perasan langsung... aku rasa bukan aku je yang minat dengan jam tangan jenama Omega.. mesti ramai pembaca juga suka dengan reka bentuk dan qualitynya.. selain jenama Omega, Tag Heuer juga salah satu minat kitorang... =)
Oklah.. semoga semua readers enjoy dengan hari minggu.. perbanyakkan aktiviti bersama keluarga sangat bagus untuk minda dan silaturahim.. Tapi jangan le selalu berparti ok... berpada2..  

0 comment... add one now