M.A.L.D.I.V.E.S lagiiii....

Last week aku n mr. hubby pegi bercuti di pulau Maldives. Superb beb... bukan nak memuji berlebihan but this is reality de. Mula2 tiba je di airport Male  rasa suam2 kuku je udaranya. Yang uniknya tulisan di airport mereka bertulisan jawi tetapi tulisannya sangat unik. Di Maldives majoriti 100% muslim. Tetapi sekarang ramai sudah orang2 dari luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India, Arab dan pelbagai negara datang berkerja di Maldives. Mereka semua sangat peramah dan friendly. Yang bestnya aku dengar di Maldives tak ada kes rompakan, rogol, ragut atau jenayah kecil/besar. Mereka sangat menghormati di antara satu dgn yang lain. click Sheraton Maldives Ful Moon Resort & Spa


kitorang sampai Male jam 11pm dan stay hotel di bandar male semalam. Pagi bot dari Sheraton Resort datang menjemput kami di Jeti 7


Sempat berposing atas bot walaupun perjalanan dr jeti airport ke Sheraton hanya 15 minit... sesampainya kami ke sana, kami di sambut oleh staff2 mereka sambil melambai-lambaikan tangan tanda WELCOME TO SHERATON MALDIVES FULL MOON. Wow... best giler beb.. apa tak nya, dah mcm PM le pula.. masuk je reception counter mereka sajikan hidangan ais krim kelapa.. sedappppp.. huhuhuhu.. Hubby kata hanya Platinum members je dapat layanan mcm ni. Alhamdullilahhhh rezeki Allah beri. Lepas tu kami di bawa memusing2 ke serata Sheraton dengan menaiki buggy..   


WATER BUNGLOW


Badan terasa sangat le letihnya.. tapi bila masuk je bilik yang kami tempah WATER BUNGLOW ni fuhhhhh.. hilang segala penat. Bilik yang cukup lengkap dengan serba serbi termasuk TV LCD 42' beserta  pemain DVD. Malangnya tak bawa DVD movie pun. Channel tv kat resort ni pun dah banyak sangat sampai tak tertengok pun sebab sibuk dengan aktiviti luar. Yang paling bestnya WATER BUNGLOW ni bila buka je pintu sliding, udara terasa nyaman je dengan bunyian ombak. Selang 5 minit Sheraton send lovely choc ke kitorang.. sedap tuhhh... siap ada choc kerang lg. bila buka cengkerang ada pula choc pearl putih. lovelyyyy...


keluar dai bilik menuju ke balkoni. Ada tangga menuruni kebawah dan berenanglah aku sepuas2nya... snorkeling is d best part  dan banyak ikan yang besar2 dan cantik2 yang terdapat bawah bilik ini dan juga dlm laut


Snorkeling at Fish Aquarium... banyak ikan2 yang cantik2.. masa ni ombak terlalu kuat sangat sampai nak snap n take video pun melayang2... tapi sebenarnya kalau buat snorkeling safari lagi mencabar sebab kita boleh snorkeling banyak pulau. Fish Aqua ni pun diorang charge USD160 for 2 person around 2 hrs. Mahal sikit tapi berbaloilah.. apa pun memang besttttt...


lepas snorkeling kitorang naik bot menuju ke tengah lautan untuk melihat ikan dolphine. so cutenya.... geram betul. rasa macam nak terjun je berenang dengan ikan2 dolphine tu.. yang paling syok bila si anak berenang2 bersebelahan maknya dan yang group pula makin melompat2 tinggi bila nampak kami datang... bila bot berhenti kitorang kena ketuk2 bot kayu tuh untuk mengambil perhatian si dolphine supaya datang lebih dekat ke kitorang... syokkkkk..


Habis je aktiviti Dolphine kitorang balik ke Resort. Masa dalam perjalanan aku snap beberapa pemandangan sunset... masa ni baru jam 6pm. susah nak dapat gambar mcm ni. cantik bukan


makan malam sudah tiba. kitorang makan di Rest yang penuh suasana romantis.. Menu? not bad lah.. kebetulan jumpa pula orang malaysia yang bekerja di sini. Jadi kitorang tanya menu apa yg special kat rest ni. So dia suggest dalam 5 menu tapi aku pilih Lobster curry with steam rice dan mr. hubby chicken panggang dgn fried rice.. oklah  rasanya tapi suasana di rest ini yang membuatkan makanan jadi sodap.. di Sheraton ada 4 rest hebat termasuklah thai rest... menurut cerita staff yang bekerja di sini, sblm ni memang tak ada satupun arak dan pork. tetapi selepas ramai pelancong dtg terutama dari china, taiwan, japan dan seangkatannya yang tak boleh hidup tanpa makan pork mereka meminta untuk ditambah dalam menu.... ggrrrrrrrr... tapi aku tanya juga macam mana u all masak sebab periuk dan sudip atau segala peralatan tak boleh di campur dgn daging ba'. Diorang jawab dapur dan periuk di asingkan.. wallahualam.. moga2 perut aku dan mr. hubby bersih dari terkena bahan racun haram ba'... iyalahkan, pinggan dan sudu pun guna yang sama. takan diorang nak samak satu persatu.. tawakkal jelahh.. 


cantik bukan... duduk bersebelahan laut dengan suasana romantis diiringi bulan penuh.. itu sebab mereka gelarkan Resort ni Full Moon


salah satu Rest yang ada di Sheraton.. bila malam suasana rest ini sangat romantis dan relaxing.... lagi2 bila duduk bersandar dan baring2 di katil besar yagn penuh berlangsir tu.. membaca, berjemur dan bersantai sambil mendengar bunyian ombak dan burung2... seronok giler.... di rest ini setiap jam 6pm mereka akan adakan fish feeding. Lebihan ikan2 segar yang tidak mereka gunakan akan diberikan pada sesiapa yang mahu beri ikan makan.. anak shark pun ada...



anak shark berwarna kuning air.. nak cakap warna putih tak juga.. tapi yang kelakarnya masa kitorang sedang snorkeling mr. hubby terperanjat dan terus naik ke tangga bilik kami takut kena serang atau gigit.. almaklumlah daging manis... hehehehe.... tapi sebenarnya anak shark kecil ni tidak menggigit pun. aku pun pernah nak cuba tangkap tapi takut plak dia panggil mak dia dtg.... huhuhuhu


bilik internet, library dan hiburan tonton movie


susana petang yang damai.. sungguh cantik dgn kehadiran bulan terang


pantai yang jernih dan cantik


time to diving.. ramai juga yang buat diving denga kitorang. tapi sedihnya masa ni sebab aku tak dapat nak buat bersama2 dgn mr. hubby.. aku flu.. next time ok... next time..


salah satu babak di bawah bilik water bunglow kitorang. Aku berjumpa dengan lion fish .. cantik de.. memang setiap hari dia duduk kat coral ni dengan bermacam2 jenis ikan yg lain termasuklah ikan buntal


kalau nak tengok ikan buntal ni kena zoom besar sikit baru nampak muka dia. ikan buntal atau nama saintifik nya Porcupine fish ni pemalu dan tidak boleh disergah atau di takutkan coz dia akan jadi besar dan besar dan besar kemudian pelepokkk.. meletup..
sambung esok daaaa.....

{ 10 comments.. read them below or add one }

ondscene ondscene Sabtu, Mei 08, 2010
sejak dulu, apabila kawan2 tanya, nama nak honeymoon di mana lepas kawin, saya syorkan mereka ke Maldives Island. entah mengapa, saya amat tertarik dengan tempat ini walaupun tak pernah ke sini.
artikel ini menjadikan saya lagi teruja untuk ke sana...!!!
and congrat - superb nice shot!!!
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Mei 08, 2010
salam bro
memang indah jika ber honeymoon di Male. cantik, bersih, nyaman dan seronok membuat aktiviti water sport. Kalau sedang honey honey tuh memang best kalau buat snorkeling dan diving sama2.. baru romantis..

di Male banyak pulau cantik2 dan menarik cuma pilih jelah mana yang kita suka. saya stay di Sheraton sebab dekat dgn airport. ada lg yg lebih cantik tapi jauh sangat.. jika naik bot mengambil masa 1 @ 2 jam.. terima kasih bro singgah dan komen ke sini... hv a gd day..
nba-Nur nba-Nur Ahad, Mei 30, 2010
Seronok membaca kisah percutian kak Nur ni. Walaupun tak dapat ke sana, tapi sekurang2nya dapat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah.

Thanks kak sebab berkongsi gambar dan cerita dengan kami semua... :)
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mei 30, 2010
salam nba-Nur

memang seronok bercuti kat Maldives

insyaallah satu hari nanti sampai le nanti disana..

terima kasih sebab singgah kesini

keropok lekor dgn kopi
datang lagi komen sekali... =)
epa_is_fred epa_is_fred Rabu, Julai 10, 2013
berapa kira-kira budget hotel+transport+makan di sana? tq :)
nurmisnan nurmisnan Rabu, Julai 10, 2013
Hi.. boleh check di club mad. Low season murah
Unknown Unknown Sabtu, September 07, 2013
salam akak nur..just inquiry..rasanya berapa bajet utk ke sini ye? terima kasih if akak sudi kongsi :)
nurmisnan nurmisnan Ahad, Disember 29, 2013
hi unknown
bajet ikut pada dimana kita mahu pilih.. macam saya, ada separuh point dari kredit kad digunakan untuk bajet kami..

boleh survey di clubmad utk selanjutnya..
Unknown Unknown Sabtu, April 05, 2014
assalamualaikum..nak tanya..akak amek pakej dari travel mana ye..sebab saya tengah survey pakej2 yg berpatutan untuk ke maldives bulan 10 tahun ni..
nurul iman nurul iman Jumaat, Jun 20, 2014
Assalamualaikum

Wah menarik2. Saya pon ke maldives tapi tahun lepas dan pegi thulusdhoo. Tapi tak buat snorkeling sebab bawa anak kecil. :)