Last week aku n mr. hubby pegi bercuti di pulau Maldives. Superb beb... bukan nak memuji berlebihan but this is reality de. Mula2 tiba je di airport Male rasa suam2 kuku je udaranya. Yang uniknya tulisan di airport mereka bertulisan jawi tetapi tulisannya sangat unik. Di Maldives majoriti 100% muslim. Tetapi sekarang ramai sudah orang2 dari luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India, Arab dan pelbagai negara datang berkerja di Maldives. Mereka semua sangat peramah dan friendly. Yang bestnya aku dengar di Maldives tak ada kes rompakan, rogol, ragut atau jenayah kecil/besar. Mereka sangat menghormati di antara satu dgn yang lain. click Sheraton Maldives Ful Moon Resort & Spa
kitorang sampai Male jam 11pm dan stay hotel di bandar male semalam. Pagi bot dari Sheraton Resort datang menjemput kami di Jeti 7
Sempat berposing atas bot walaupun perjalanan dr jeti airport ke Sheraton hanya 15 minit... sesampainya kami ke sana, kami di sambut oleh staff2 mereka sambil melambai-lambaikan tangan tanda WELCOME TO SHERATON MALDIVES FULL MOON. Wow... best giler beb.. apa tak nya, dah mcm PM le pula.. masuk je reception counter mereka sajikan hidangan ais krim kelapa.. sedappppp.. huhuhuhu.. Hubby kata hanya Platinum members je dapat layanan mcm ni. Alhamdullilahhhh rezeki Allah beri. Lepas tu kami di bawa memusing2 ke serata Sheraton dengan menaiki buggy..
WATER BUNGLOW
Badan terasa sangat le letihnya.. tapi bila masuk je bilik yang kami tempah WATER BUNGLOW ni fuhhhhh.. hilang segala penat. Bilik yang cukup lengkap dengan serba serbi termasuk TV LCD 42' beserta pemain DVD. Malangnya tak bawa DVD movie pun. Channel tv kat resort ni pun dah banyak sangat sampai tak tertengok pun sebab sibuk dengan aktiviti luar. Yang paling bestnya WATER BUNGLOW ni bila buka je pintu sliding, udara terasa nyaman je dengan bunyian ombak. Selang 5 minit Sheraton send lovely choc ke kitorang.. sedap tuhhh... siap ada choc kerang lg. bila buka cengkerang ada pula choc pearl putih. lovelyyyy...
keluar dai bilik menuju ke balkoni. Ada tangga menuruni kebawah dan berenanglah aku sepuas2nya... snorkeling is d best part dan banyak ikan yang besar2 dan cantik2 yang terdapat bawah bilik ini dan juga dlm laut
Snorkeling at Fish Aquarium... banyak ikan2 yang cantik2.. masa ni ombak terlalu kuat sangat sampai nak snap n take video pun melayang2... tapi sebenarnya kalau buat snorkeling safari lagi mencabar sebab kita boleh snorkeling banyak pulau. Fish Aqua ni pun diorang charge USD160 for 2 person around 2 hrs. Mahal sikit tapi berbaloilah.. apa pun memang besttttt...
lepas snorkeling kitorang naik bot menuju ke tengah lautan untuk melihat ikan dolphine. so cutenya.... geram betul. rasa macam nak terjun je berenang dengan ikan2 dolphine tu.. yang paling syok bila si anak berenang2 bersebelahan maknya dan yang group pula makin melompat2 tinggi bila nampak kami datang... bila bot berhenti kitorang kena ketuk2 bot kayu tuh untuk mengambil perhatian si dolphine supaya datang lebih dekat ke kitorang... syokkkkk..
Habis je aktiviti Dolphine kitorang balik ke Resort. Masa dalam perjalanan aku snap beberapa pemandangan sunset... masa ni baru jam 6pm. susah nak dapat gambar mcm ni. cantik bukan
makan malam sudah tiba. kitorang makan di Rest yang penuh suasana romantis.. Menu? not bad lah.. kebetulan jumpa pula orang malaysia yang bekerja di sini. Jadi kitorang tanya menu apa yg special kat rest ni. So dia suggest dalam 5 menu tapi aku pilih Lobster curry with steam rice dan mr. hubby chicken panggang dgn fried rice.. oklah rasanya tapi suasana di rest ini yang membuatkan makanan jadi sodap.. di Sheraton ada 4 rest hebat termasuklah thai rest... menurut cerita staff yang bekerja di sini, sblm ni memang tak ada satupun arak dan pork. tetapi selepas ramai pelancong dtg terutama dari china, taiwan, japan dan seangkatannya yang tak boleh hidup tanpa makan pork mereka meminta untuk ditambah dalam menu.... ggrrrrrrrr... tapi aku tanya juga macam mana u all masak sebab periuk dan sudip atau segala peralatan tak boleh di campur dgn daging ba'. Diorang jawab dapur dan periuk di asingkan.. wallahualam.. moga2 perut aku dan mr. hubby bersih dari terkena bahan racun haram ba'... iyalahkan, pinggan dan sudu pun guna yang sama. takan diorang nak samak satu persatu.. tawakkal jelahh..
cantik bukan... duduk bersebelahan laut dengan suasana romantis diiringi bulan penuh.. itu sebab mereka gelarkan Resort ni Full Moon
salah satu Rest yang ada di Sheraton.. bila malam suasana rest ini sangat romantis dan relaxing.... lagi2 bila duduk bersandar dan baring2 di katil besar yagn penuh berlangsir tu.. membaca, berjemur dan bersantai sambil mendengar bunyian ombak dan burung2... seronok giler.... di rest ini setiap jam 6pm mereka akan adakan fish feeding. Lebihan ikan2 segar yang tidak mereka gunakan akan diberikan pada sesiapa yang mahu beri ikan makan.. anak shark pun ada...
anak shark berwarna kuning air.. nak cakap warna putih tak juga.. tapi yang kelakarnya masa kitorang sedang snorkeling mr. hubby terperanjat dan terus naik ke tangga bilik kami takut kena serang atau gigit.. almaklumlah daging manis... hehehehe.... tapi sebenarnya anak shark kecil ni tidak menggigit pun. aku pun pernah nak cuba tangkap tapi takut plak dia panggil mak dia dtg.... huhuhuhu
bilik internet, library dan hiburan tonton movie
susana petang yang damai.. sungguh cantik dgn kehadiran bulan terang
pantai yang jernih dan cantik
time to diving.. ramai juga yang buat diving denga kitorang. tapi sedihnya masa ni sebab aku tak dapat nak buat bersama2 dgn mr. hubby.. aku flu.. next time ok... next time..
salah satu babak di bawah bilik water bunglow kitorang. Aku berjumpa dengan lion fish .. cantik de.. memang setiap hari dia duduk kat coral ni dengan bermacam2 jenis ikan yg lain termasuklah ikan buntal
kalau nak tengok ikan buntal ni kena zoom besar sikit baru nampak muka dia. ikan buntal atau nama saintifik nya Porcupine fish ni pemalu dan tidak boleh disergah atau di takutkan coz dia akan jadi besar dan besar dan besar kemudian pelepokkk.. meletup..
sambung esok daaaa.....
artikel ini menjadikan saya lagi teruja untuk ke sana...!!!
and congrat - superb nice shot!!!