Bonggol kepala tak cium bau Syurga??..

Salam untuk semua pembaca2 wanita dan sahabat2 aku di luar sana.. Aku sebenarnya dah lama juga nak share mengenai pakaian tudung yang bersanggul tinggi ni tapi tak berkesempatan nak masukkan sebab sibuk dengan cerita2 merepek aku. Tapi selepas aku terbaca tajuk ni dalam salah satu teman di FB aku (Sara/Haslinda) terpanggil juga nak share atau kongsi kat sini. Perkara yang baik kan sangat bagus untuk kita amalkan.. =)

Korang mesti pernah tengok perempuan2 bila mereka pakai tudung. Sanggul dia tinggi dah macam kepala Alien. Bonggol semacam. Cantikkah?? Dah lah tinggi lepas tuh memanjang plak sampai kebelakang.. dah betul2 mcm ceta Alien vs Predator..

Rasulullah S.A.W bersabda: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Seperti hadith riwayat Ahmad, “akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-"

Cubalah wahai perempuan2, ibu2, wanita2, gadis2 di luar sana.. fikir2kan dan cubalah untuk berubah.. Pesanan ini juga untuk peringatan pada perempuan seperti aku.. Semoga kita sama2 cuba untuk menurunkan sedikit sanggul rambut tu supaya tidak menarik perhatian lelaki2 diluar sana.. Tapi kalau dah mata buaya mcm mana plak ya?? tetap tengok juga walaupun sanggul rendah.. hmmm... mungkin baju ketat kot.. huhuhuuhu.. cuba longgarkan.. =)

P.S. Sebab itu orang tua berkata 'cantik, manis dan ayu bila berbaju kurung' ...

{ 11 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Ahad, Mei 23, 2010
nice info..

tq for sharing, sharing is caring right ;)
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mei 23, 2010
heyy meowmania
of coz sharing is good.. gd 4 us.. =)

thanks for comment here... mampir lg ^^
Tanpa NamaTanpa Nama Ahad, Mei 23, 2010
Saya juga perasan ramai kaum hawa zaman sekarang memakai tudung dengan menaikkan sanggul yang agak tinggi. Dulu saya juga seperti mereka tetapi setelah ibu menegur barulah saya sedar itu satu dosa.

terima kasih Nur. Info yang bagus untuk peringatan semua.
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mei 23, 2010
salam anony,
no mention fren..
kita sama2 cuba perbaiki diri kerana Allah..

thanks 4 comment here.. hv a gd day =)
nurmisnan nurmisnan Rabu, Mei 26, 2010
salam bro bergaya
semoga info ini banyak membantu kaum wanita2 di luar sana yang gemar berganggul tinggi..

tima kasih sudi datang.. gd day
Anonymous ® Anonymous ® Jumaat, Oktober 01, 2010
info yang bagus.dh jadi trend skrg ni pki mcm tu.
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Oktober 02, 2010
salam rizuan
banyak mengikut cara artis2 memakai tudung bersanggul tinggi
dan berselendang ala2 jambul..

mengapa imej bertudung dijadikan fashion
yang semakin hari semakin menampakkan rambut dan dosa..

sape yg harus dipersalahkan
Tanpa NamaTanpa Nama Sabtu, Oktober 30, 2010
janganlah kerana bonggol dek sanggul ataupun rambutnya panjang, dipandang lain. bknnya tak betudung.

hadis dan sabda tu sendiri tak ada menyatakan SALAH pakai tudung dan ada rambut pjg diikat.

if you have a very long hair, there is NO WAY to avoid it. turunkan, naikkan, memanglah ada bonggol kejadah tu masa pakai tudung.

wahai perempuan perempuan, janganlah kita tafsirkan hadis ikut sesedap tekak semata2 nak jadi righteous. just read it as it is. wallahualam.. :)
nurmisnan nurmisnan Isnin, November 08, 2010
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nurmisnan nurmisnan Isnin, November 08, 2010
salam tanpa nama
aku rasa kau tak baca sampai habis kot
n3 aku nih..

jika hadis berkata berbonggol seperti unta
itu tidak cium bau syurga
makanya hadis itu benar.
pernah ker orang ingin permainkan HADIS?? Do YOU??

Jika hadis Rasullulah sendiri yang berpesan
mengapa tidak di ikut
dan di turunkan sanggul yg seperti bonggol UNTA itu?? Susah ker.
Rambut yang panjang memang akan bersanggul
apa salahnya diturunkan sedikit.
ada masalah ke dengan rambut yang tersangat panjang itu??

tiada istilah "BUKAN TAK PAKAI TUDUNG TAPI ITU KEWAJIPAN KITA
SEBAGAI MUSLIMAH"
terpulang jika kamu sendiri
yang tidak bertudung atau bertudung
hendak menurunkan atau meninggikan
sanggol kamu

kita berpesan2 dengan kebaikan
jangan di anggap berpesan yang baik ini
di salah ertikan dengan kata RIGHTEOUS.. like u said "JUST READ IT AS IT IS"

am i rite?? tak ada sape pun yang tak nak masuk SYURGA ALLAH
tapi jika itu habuan yang diberikan
pasal sanggol itu
rebutlah... kenapa mesti tolak...