kencing tikus memang bahaya...

Apa status tentang abang Din beramboi kita ya... hmmmm... berita terbaru dia masih dalam kritikal lagi. macam manalah abg Din boleh terkena virus kencing tikus. mungkin secara tidak sedar atau sengaja abg din kita ni terminum air yang mengandungi kencing tikus. tetapi dalam akhbar tidak pula menyatakan abg Din terkenan virus disebabkan minuman atau makan yang terkandung najis tikus tu. haiii...kes macam ni mengingatkan aku pada satu kes di mana ya tak pula aku ingat, that guy tu telah minum air coke dalam tin yang telah dibuka beberapa jam yang lalu dan tidak berapa lama kemudian beliau mati.

aku nak nasihatkan kepada semua pembaca-pembaca supaya berhati-hati bila meminum atau memakan makanan yang terbuka. manalah tahukan makanan atau minuman yang telah terbuka tanpa bertutup sudah termasuk kencing tikus kah, taik tikus kah atau taik cicak kah... kalau tertelan taik cicak tak ke nanti jadi macam cicakman. hmmmm... walau apapun kita sama-sama berdoa semoga abang Din beramboi kita yang sangat-sangat aku minati ini akan pulih seperti sedia kala.

P.S. Abg Din, kami sentiasa berdoa dan menyokong karier abang. Abg Din pelawak yang selamba dan spontan. Tanpa kau, dunia seni ini sepi.. Semoga lekas cepat sembuh dan muncul kembali dalam 'Wuhai beramboi'...
kencing tikus memang bahaya...

2 comments.. read them below or add one

transformed housewife transformed housewife Khamis, April 01, 2010
Din Beramboi sakit skrg? Sy tak tahu pulak sbb tak sempat nak baca suratkhabar Msia.
nurmisnan nurmisnan Khamis, April 01, 2010
salam temp.hsewife
iya abd din beramboi kita sedang kritikal dan x sedarkan diri lagi. sama2 kita doakan semoga dia cepat sedar dan cepat sembuh