rambut dlm kenangan...

Anak aku syarah seorang yang low profile dan ringan tulang. kuat semangat dan berkeyakinan tinggi tapi yakin pada diri itu akan hilang jika ada orang memarahi, memaksa perkara yang dia tak suka dan mengajar bercakap bohong. Tapi sebagai UMMI aku kena yakinkan kembali dan terangkan apa itu keyakinan, berani dan bercakap benar. Dan selepas itu keyakinan dirinya datang balik. Paling aku puji dia suka duduk rumah, tolong masak dan menghabiskan masanya dengan swimming, melukis, homework, game PS3 dan PSPnya. Tak suka pergi shopping dan tempat yang bising. tapi kalau bab buku memang dia suka. perangai buku ni memang  100% ikut abahnya.

Aku suka bila syarah berambut panjang. dia nampak ayu dan comel. kadang-kadang dia rimas dengan rambutnya. kalau buat aktiviti lasak macam mengayuh basikal atau bermain bola dia akan rasa rimas. anak aku ni kurang suka mengikat rambutnya. lagi-lagi bila di pakaikan skaf tak kiralah jenis material kain atau besi atau plastik. katanya 'too fancy'.. gitulah sebutannya. aku terpaksa juga menjelaskan padanya kegunaan skaf dan getah rambut. lepas tu dia baru nak pakai. aku jenis tak suka memaksa tapi kadang-kadang ada juga kena paksa untuk kebaikannya. 
kemana saja pergi kami tetap bersama kecuali dalam klas. waktu ni syarah masih berambut panjang. skaf syarah pakai ni jenis kain getah. nampak kemas dan cantik 

ni pula syarah bergambar dengan adik perempuan bungsu aku 'awe'.

 
syarah waktu berambut panjang

namasti.. cehhh cakap hindilah plak

selepas aku lihat syarah rimas dengan rambut panjangnya, aku dan hubby pun tanya pada syarah nak potong rambut pendek tak? dia ok je.. so kami bawa ke salon di Shah Alam. potong ikut gaya rambut BOB tapi rambut syarah susah sikit coz tebal

Hayden dengan gaya BOB.. gaya inilah yang hendak aku buatkan untuk syarah but...

keputusannya kurang memuaskan.. aku bengang juga dengan makcik ala ala lembut ni. lain yang aku suruh lain plak dia buat. last last jadi ini le.

ini bukan kes dera tapi sendiri punya badan tutup muka dengan towel daaaaa

style BOB tak kekal lama kerana rambut syarah yang degil dan melentik.. hari-hari guna wax, rosak de..

inilah hubby aku.. sentiasa peka dan rajin menemankan syarah bermain basikal. Bapa penyayang dan syarah beruntung dapat abah... abah n ummi always love u

selepas 2 bulan ramut syarah nampak melentikkan..

ni le padahnya kalau dah suka bermake up lebih.. terlebih sudah de

balik dari Afrika aku bawa syarah ke salon kawan aku di KL. ini le salonnya..

 
dan ini le hasilnya....rebonding. nampak dalam gambar ni kurang menarik skit tapi sebenarnya cantik dan lembut.. masa ni syarah ada hari sains dan kena berlagak macam pakar sains memakai spek.. tak dan nak cari seragam Dr.. maka last-last spek lama aku jugak jadi mangsa... huhuhuhu

 
selepas 2 bulan rambut syarah tumbuh panjang

waktu ini syarah ada hari sukan di sekolah. aku dan hubby dtg awal pagi untuk melihat syarah memasuki basket ball. kumpulan dia menang. sorry gambar tak dapat nak ambik coz bat kong. ini pula gambar syarah dan kumpulan kuningnya menunggu giliran tarik tali.. menang? menang dgn kumpulan hijau tapi kalah dgn kumpulan biru. rimas juga tengok syarah dengan rambut tak berikat tengah panas terik. nak buat cam mana, dia tak suka. ikut jelah

 
syarah suka aktiviti lasak dan di sekolah juga aktiviti futsal, swimming, basket ball dan berlari membuatkan kulit kepalanya selalu berkelemumur dan gatal. setiap hari dia perlu mencuci rambutnya dan membalut dengan towel. jadi kami berdua cadang nak potong lagi rambutnya. ini le style yg kami nak buat untuk rambut dia... Sporty like Rihanna...

dan akhirnya aku dan hubby buat keputusan untuk memotong rambut syarah menjadi pendek. Tapi seblm tu kami tanya dia dulu setuju ke tidak. jawapannya ok. kami berdua bukan suka-suka nak potong tapi kesian kat syarah kerana aktiviti di sekolah dan cuaca panas membuatkan dia tidak selesa dan berkelemumur serta berminyak. jika berambut pendek seperti ini lebih mudah untuk syarah mencuci setiap hari dan tidak membebankan dia untuk mengeringkan rambutnya.. cikgu dia memuji sungguh akan rambut baru syarah kerana nampak bersih. last last cikgu dia pun potong pendek sama macam syarah. hehehehe

 
bila dah berambut pendek makin ligat le si syarah ni dengan aktivitinya. setiap hari selepas pukul 5pm dia akan berenang. paling tidak 1 1/2 jam. kalau aku malas nak turun aku tengokkan je depan balkoni sambil minum kopiiii

kalau rambut dari basah menjadi kering maka gini le jadinya.. dah macam kartun Dragon Ball 'GOKU'.. huhuhuhu


 
syarah with her friends

 
Mia dalam kenangan..
Mia, syarah dan tish... lepak-lepak sambil makan pizza di Epidor.. Mia is syarah bestfriend tapi sudah pindah ke London dan tish adalah anak kawan aku Madam Dublin.

oklah ini saja cerita untuk hari ini.. aku saja nak kongsi cerita pasal rambut syarah ni sebab ada orang tak suka langsung syarah potong rambut. bagi aku kita harus pentingkan kehendak dan keselesaan anak dahulu bukannya kepuasan diri sendiri.. aku dan hubby cukup bahagia dengan kehadiran syarah... seorang anak yang penyayang, memahami, ringan tulang dan berkeyakinan. we love u so much..

6 comments.. read them below or add one

NURA NURA Selasa, Mac 23, 2010
Salam Nur, comel si Syarah..baru nampak jelas Syarah ni lepas tengok picture dia yg Nur upload. Syarah kat Malaysia dah ke?
Nur Nur Selasa, Mac 23, 2010
salam nura
comel ya.. terima kasih. iyalah kak zai.. sebelum ni nampak kat gambar kecik je kan. ni nur upload besarrrrr punya. huhuhuh
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, Mac 25, 2010
salam Kak Nur

Comel anak Kak Nur. Sebiji ikut bapa dia kan. Saya setuju, kita mesti pentingkan kehendak dan keselesaan anak.

walaubagaimanapun saya suka tengok Kak Nur. Melekat macam belangkas. Cayoo
Nur Nur Khamis, Mac 25, 2010
salam anonymous
tima acih.. Syarah ni banyak ikut mcm abah dia. kitorang memang sentiasa melekat kecuali kalau syarah ke sekolah. kadang2 kak nur tgh baca buku atau tonton tv dlm bilik pun dia baring seblah. thanks for ur warm comment here. dtg lagi ya...
salam
nba-Nur nba-Nur Ahad, Mei 30, 2010
Salam. Sukanya baca entry Kak Nur tentang anak kesayangan akak. Beruntung Syarah dapat Ummi & Abah yang penyayang dan prihatin.
Nur Nur Ahad, Mei 30, 2010
nba-Nur

N3 biasa je dik nur

terima kasih ..

aku dan mr. hubby sentiasa buat
yg terbagus utk syarah...

singgah lagi ya dik nur =)