salam teman-temanku...

Salam maulidurasul yang akan datang tak lama lagi.. apa khabar teman2ku... semoga segala urusan-urusan dan kerja-kerja anta, antum, ana berjalan dengan lancar.. aminn

aku tulis nota ini hanya untuk bertanya khabar pada semua pembaca yang setia atau tak setia atau saja2 setia.. huhuhuhu..gurau. Jangan ambik hati ok. dah lama tak update blog aku ni. bukan apa sekarang aku di kampung. jadinya disini tidak le macam bandar yang penuh dengan signal bar atau 3G. kampung aku ni signal memang penuh tidak kiralah celcom ke maxis atau DG. tapi dikeranakan aku menggunakan 3G maka internet aku macam siput sedut... terhegeh-hegeh memanjat kayu untuk sampai kepuncak.

tak kisah le ada 3G ke, internet slow ke, down ke apa yang penting kerja sama.. hahahaha.. kat kampung ni macam-macam boleh. kopek sabut kelapa, bersihkan belakang rumah yang terlalu besar nun sampai tak larat den nak buek. tunggu juga bila buah duran aku nak gugur. pokok yang lagi satu tu dah penuh bunga. abah aku kata buah ni memang manis dan lemak. iyalah buah baka tembaga lah katakan. isinya yang sedappp gitu. kalau makan 3 ulas pun dah muak. tapi dikeranakan aku ni hantu durian, bagi sebakul pun habis. dahsyat dahsyat.. anak sapelah ni. lahap benar.

tapi yang bestnya masa balik kampung ni, masa tengah mengemas bilik belakang aku terjumpa anak-anak tikus yang masih merah. bukan main banyak. ada 8 ekor semuanya. hiishhhh.. geli tu memang le geli tapi aku bukan le geli pada anak tikus tapi bapak pada bapak mertua pada atok tikus tuh. besar tuhhh.. kalau dah berjalan atas kaki puhhhh memang naik le bulu roma. hahahaha... sekarang aku sedang berperang dengan tikus-tikus tua ni. gam tikus, perangkap tikus atau apa-apa le yang boleh membunuh tikus aku dah pasang. sekarang tunggu mangsa masuk jerangkap samar aku.

oklah.. tak ada yang specialnya ceta aku ni. cuma nak tanya khabar saja dan jangan lupa jenguk-jenguk selalu umah merah ungu hijau aku ni.. huuhuhu...

P.S. banyakkan berselawat keatas Nabi Muhammad S.a.w.. beliau ada berkata jika kamu sangat cinta padaku maka kamu juga akan masuk syurga bersama-sama denganku.. maka rebut2lah dan selawatlah dan cintalah Rasullulah s.a.w.. wallahualam

salam
salam teman-temanku...

6 comments.. read them below or add one

NURA NURA Ahad, Februari 21, 2010
salam Nur! kak zai ingat Nur ikut Mr.hubby, rupanya ada di malaysia ni. Wah seronok tu berperang dengan tikus siap buat perangkap lagi ya. Mintak tolong la ngan Cik Kucing ke mesti cepat habis dibelasahnya tikus2 tu.Heheh jumpa lagi ok.selalu la update blog. Line slow cam siput sedut tak pe, jangan cam siput pengsan sudah.
Nur Nur Ahad, Februari 21, 2010
salam kak zai.. hehehehe,.... tak ikut coz nak stay kat msia n relax2. kat sini banyak perkara nur boleh buat but tunggu settle satu perkara penting ni lepas tuh on. anyways, cik kucing2 semua tunggu kat depan kelaparan sampai bergaduh2. kerana ada assistant lah keja nur dah beres kak.

thanks for coming here kak.. insyaallah nur update blog jika si siput sedut ni dah cuba panjant laju sikit. hehehehe.. take care n gd day
pakmat pakmat Ahad, Februari 21, 2010
hmm..masa untuk cari kucing sepasang..
Nur Nur Isnin, Februari 22, 2010
salam pak mat
pak mat suruh nur cari kucing sepasang ke atau pak mat nak bela kucing sepasang? kat umah ni banyak kucing terbuang datang kerumah.. nur siap stand by friskies lg. kucing jantan kat sini nafsu kuat pak mat. habis semua kucing betina dia buntingkan.. kihkihkih

tapi yang paling best kucing jantan kurap ni suka menenggek atas kayu penyidai kain. bila buka pintu dapur muka dia dulu nur pandang.. dah lah tak hensem. huhuhu
theadams theadams Jumaat, Februari 26, 2010
Nora, sorry for the long silence..sorry x sempat nak call while i'm in Msia. What happen 2 your FB? I cant send any msg there?
Nur Nur Ahad, Februari 28, 2010
salam mdm Dublin
apa khabar? fb ok je. kenapa tak leh masyukk ke? masuk ni dah 4 org complain pasal fb i.

so how is Dublin now? tak sempat le nak tgk concert Search. huhuhu.. so take care n gd day

p.s. regard to adam n kiss for tish