cara kurangkan bau petai....


Petai memang sedap dimakan terutama bila bab masak sambal udang petai atau sambal bilis petai atau paling sedap makan ulam petai. Sedapnya tak terkata. Masih teringat lagi waktu di sekolah ber asrama dahulu nur masak nasi goreng campur petai. Mak aiiii sedap tak terkata. Teman-teman nur bukan main puji sakan. Hehehe.. diorang minta nur masak lagi. Tak cukup beb. Tapi ada orang memang tak suka bau petai kerana busuk dan melekat dalam mulut. Nur punya petua kalau nak hilang dalam bau mulut gara-gara makan petai. Nur kunyah beras je. Hilang... 

Tapi kali ini kita kongsi tip macam mana nak hilangkan bau petai sebelum dimasak. Selepas dikupas buah petai, rendam terus dengan air beras selama satu jam. Lepas tu ekau nak masak sambal ko, nak masak apo ko ekau buek lah. Janji sodap. huhuhuhu.. den cakap nogori plak. Takpo lah janji petai den masak ni dah kurang bau dan mulut den tak berbau sangat... ^ - ^

Wokey semua, selamat memasak..

0 comment... add one now