sambal belacan tut tut



Buah ni nur beli masa bercuti ke Kuching dengan keluarga. Waktu mencari mee kolok dekat pasar, jumpa plak buah-buah hutan ni. Nama buah ni nur lupa coz susah sangat nak sebut. Tapi bau dan rasanya lebih kurang sama dengan buah kuini atau bacang. tapi biji buah ni sangat besar dan isinya nipis saja.. pertama kali jumpa dan membeli. Sedap dan manis bila di makan tapi paling best kalau buat sambal belacan...


ini le bentuk isi buah tadi yang telah di kupas... memang manis. Di fahamkan buah ni juga boleh digunakan masak asam pedas. bagaimana rasanya?? itu yang kita nak tahu tuh.......



pic kurang terang.. tapi tak pe.. ada lagi....



boleh lah dari tak de kan... so ini le sambal belacan buah tut tut?? hehehe...

3 biji cili kecil
1 biji lada merah besar
sedikit belacan bakar
gula kabung
garam

tumbuk semuanya tapi jangan sampai hancur. hiris buah 'tut tut' atau kuini atau bacang kecil2 dan lenyekkan kedalam lesung bersama2 sambal. Lenyek jangan sampai hancur. nanti rasanya tak sedap...

makan dengan masak lemak pucuk belinjau atau paku.. pehhhh dengan ikan kering. sodappp tuhhh...



baunya sama seperti bau bunga kantan.. Sayur ini orang Serawak buat ulam. kalau ada sape-sape yang boleh ingatkan nur namanya sila bagi tahu ya... thanks



Buah Isau.. rasa dan rupanya sama seperti buah mata kucing


ini pula buah Dabai. Rasanya lemak-lemak. kalau nak makan kena rendamkan dengan air suam selama 5 minit dan dicampurkan sedikit garam. Menurut orang sana buah ini juga boleh di buat masak asam pedas. Tak cuba lagi tapi dah makan di Rest sea food bandar Kuching. Oklah... tak berapa sedap sangat.. tapi kalau makan mentah macam tu je rasanya lemak-lemak gitu ... oklah.. takat ni je. Insyaallah nanti kita sambung lagi sedikit pasal negeri Serawak.. Salam

3 comments.. read them below or add one

kak gojes kak gojes Rabu, Januari 06, 2010
wah..banyak...makanan di sini...
Tanpa NamaTanpa Nama Rabu, Januari 06, 2010
yang 1st tu kat sabah panggil bambangan (tp x sure seluruh sabah or certain palace jak..).... hehehe, sedap wooo buah mangga tu...
nurmisnan nurmisnan Rabu, Januari 06, 2010
salam Eryati
banyak buah-buahan.. nanti kita posto ok..

salam Anonymous
buah bambangan rupanya... baru ingat namanya. hehehehe... memang sedap kalau di makan begitu. Tapi yang sedapnya kalau dibuat sambal...

guys thanks for coming.. pls come again