benarkah lelaki selalu berbohong..?


gambar hiasan

Perkataan 'OK' atau 'tiada sebarang masalah' selalu disebut ketika seseorang cuba berbohong untuk menyembunyikan masalah mereka. Bagi anda siapakah yang sering berbohong, lelaki atau wanita? Jika jawapannya lelaki, memang tepat kerana berdasarkan kajian di England mendapati lelaki dua kali ganda sering berbohong berbanding wanita.

Selalunya lelaki suka berbohong mengenai tabiat buruk mereka yang gemar minum arak dan berjudi.. Kadang-kadang bab kaki perempuan dan sebagainya. Selalunya golongan ini berbohong demi menjaga hati pasangannya dari berlaku pergaduhan. Jadi kerana itulah mereka memilih untuk tidak bercakap benar

Mengikut kajian sebanyak 85% responden lelaki dan wanita berbohong untuk memudahkan mereka mengelak daripada disoal siasat oleh pasangan. Menurut pakar Body Language Richard Newman, pasangan si pembohong biasanya tidak dapat membaca pasangannya meskipun mereka ditipu. Biarpun ada yang menyatakan jika seseorang itu berbohong, kita boleh melihatnya dari segi gerak matanya. Namun bukan kenyataan ini ada kalanya tidak benar di sebabkan si pembohong lebih bijak melakukannya demi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada orang yang mereka bohong.

gambar hiasan

mari kita tengok sebab apa lelaki berbohong
1. lelaki berbohong untuk kebaikan dan keranan terpaksa bergantung pada sesorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan dalam masa yang sama ingin meredakan suasana

2. Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh

3. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin tidak dipedulikannya. macam masuk kiri  telinga kanan keluar telinga kanan kiri.. begitulah

4. Jika selalu di asak dan mereka bosan dengan keadaan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berbohong demi meredakan keadaan yang tegang

5. kaum adam berbohong hanya kerana untuk menutup kesalahan mereka di hadapan pasangannya

6. Lelaki gemar berbohong pada perkara ini.. mereka tidak suka diperlekehkan kemampuannya dihadapan wanita

7. Lelaki berbohong semata-mata mahu wanita yang mereka ingin pikat kelihatan hebat dan bagus-bagus..

Apa yang pasti, pembohongan lelaki biasanya bersebab dan mereka tidak melakukannya jika tidak terdesak..

P.S. untuk kaum lelaki dan wanita
Kalau pasangan anda sudah memberi kepercayaan kepada anda maka jagalah ia sebaik mungkin.. Jika kepercayaan sudah tiada, buatlah macam mana pun confirm tak jalan....

4 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Jumaat, Januari 29, 2010
lelaki selalunya ego nak mengaku
biasalah.
pakmat pakmat Sabtu, Januari 30, 2010
..kekadang terpaksa..almaklumlah..kalau berkata benar..terbang pinggan dan mangkuk..:)
Nur Nur Sabtu, Januari 30, 2010
salam

huhuhuhu... biasalah pak mat.. nak selamatkan keadaan punya pasal terpaksa... bukan tak boleh berbohong tapi boleh mendatangkan sikap dan situasi yang buruk.

thanks pak mat singgah sini.. take care n gd day