1Malaysia kahhhhh?????

By kamal ahmad on January 11, 2010 

Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Saya tahu Tun akan meniru sedikit gaya Dr Shahab dan berhenti pada komen nombor 100. Mungkin ada juga yang tunggu nombor disini setiap hari. Apa pun Ayahanda Tun, saya hanya ingin mennyentuh tentang beberapa perkara yang “real time”.

1- Saya kurang melihat Menteri Pelajaran kita turun padang selepas hari pertama sekolah. Semasa Hisham dulu ada juga dia kalut pasal hal bayaran yuran berperingkat, duit PIBG tak boleh paksa, asingkan mana wajib dan opsyen dalam pembayaran yuran sekolah. Hishamuddin dulu selalu kena hentam jadi dia selalu turun padang dalam portfolio beliau. Menteri hari ini mana?

2- Menteri Pelajaran kena tahu bahawa harga gula 1Malaysia sudah naik! Ini bermakna harga barang lain juga sudah naik 1Malaysia! Harga roti sudah naik 1Malaysia! Harga makanan dikantin 1Malaysia sudah naik! Pembayaran yuran bagi kanak-kanak yang kurang upaya (keluarga miskin atau dari rumah kebajikan) kenalah selalu dipantau untuk 1Malaysia.

3- Pihak pentadbir sekolah-sekolah kadang-kadang hambat glamour (gelama). Pakai baju batik (warna koporat), hambat ISO itu ini, tapi mereka hanya nampak semut di Afrika tapi gajah 1Malaysia tak nampak depan mata.

4- Saya harap Menteri Pelajaran kita turun padang lebih sikit. Pasal bom sana sini gereja tak mengapa, ni mai kira hal yuran dengan duit PIBG lagi penting.

5- Saya rasa sedih apabila mengenang semasa YBhg Tun Abdullah (yang saya kasihi) kita jadi PM dahulu, beliau melaungkan “kerja dengan saya”, “mesra Rakyat” “Pak Lah Prihatin”, tapi Tun, pada awal tahun 2005 seorang budak tingkatan 5 kayuh basikal kedepan pagar rumah saya minta kerja. Hari sekolah waktu sekolah. Saya tanya kenapa tak kesekolah? Dia jawab mak suruh berhenti sebab memang dah tak ada duit nak bayar yuran SPM. Saya bawa jumpa Puan Pengetua. Puan Pengetua kata mereka tak sedar yang murid ini miskin. Punca pendapatan keluarga hanya ibu nya yang bekerja sebagai pembantu klinik 24 jam menyara 7 adik beradik. Akhirnya yuran beliau RM87 (mungkin RM117 saya dah tak ingat) dapat dibayar. Murid ini masuk sekolah semula dan dapat kelas bimbingan. Hari ini bekerja dengan Petronas. Lengan kiri dia ada parut sebab kena air panas masa 1 bulan kerja kantin Jabatan Pelajaran semasa tak sekolah sekejap. Sampai macam tu sekali sistem pendidikan Kerajaan tak dapat nak tahu kemiskinan pelajar. Sekolah hambat glamour, Pejabat Pelajaran kantin tempat makan saja. Jadi ini mencerminkan keadaan sistem delivery kerajaan kita. Ini cerita lama, tapi harap Menteri Pelajaran hari ini turun padang. Ikut cara Hishamudin dulu lepas beliau kena hentam kiri dan kanan.

6- Menteri perlu mengarahkan pihak yang mamantau hal PIBG di Kementerian beliau supaya proaktif turun padang membantu dan meringankan beban pelajar pada awal tahun. Sekolah yang terlalu taksub minta murid-murid bayar duit modul itu ini dan pakaian Ko curriculum. Walaupun sesetengah murid miskin, tapi tidak duduk dirumah kebajikan. Jadi yang sebegini jangan terlepas pandang. Mana dia Menteri Pelajaran? Nak pergi England? Rakyat miskin Tuan, gula 1Malaysia dah naik! Ni Mei nak masuk minyak 1Malaysia pulak kena adjust harga lagi. Naik lagi barang nampaknya 1Malaysia. Balada 1Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya bersetuju sangat dengan komen yang di bentangkan... adalah sangat2 bagusnya jika kerajaan bukak mata dan pandang pada semua muka2 1Malaysia.. Bukan semua rakyat 1Malaysia mampu membeli barang2 yang melambung tinggi.. tak macam orang2 kerajaan yang berpangkat tinggi.. petik jari je huhh sudah mari. Tapi bukan semualah. kalau ada terasa hati chek minta mangaplah. Tapi cubalah fikir2kan masalah rakyat malaysia.

fining kepala pk pasal tak habis2 naik harga... orang gaji kecik macam mana???????
1Malaysia kahhhhh?????

0 comment... add one now