Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat

Salam my dear brother and sisters..


Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketuan Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda 5 tahun dulu pd Jumaat 6 Mei 2005, seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya , restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu. Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad. Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
 ~ Surah Al-Jumu'ah, ayat 9 ~

Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

Jadi lepas ni kenalah beringat ya wahai kaum adam semua.... =)
Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat

6 comments.. read them below or add one

umar umar Ahad, Disember 06, 2009
terima kasih atas ilmu ini
tu la
saya perasan
banyak orang lelaki masih lepak kedai makan tepi masjid sblum smyg
padahal dah azan

lawatlah blog saya juga
assalamualaikum
nurmisnan nurmisnan Ahad, Disember 06, 2009
salam
alhamdullilah sama2 kita kongsi pengetahuan yg ada... thanks for d comment
darkbatman darkbatman Sabtu, Oktober 16, 2010
tq utk info ne yer.. bru tau.
sblm ne memang langsung xtau..
kiranya azan je, memang kene stop la kan.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 18, 2010
salam brother Darkbatman...
mcm tu lah kira2nya..
jika sudah mula azan
maka idok ler di benarkan menjual beli
makanan atau apa saja..

dan kalai ler tak pegi solat jumaat tuh
maka hendak ler melakukan solat zuhur sebelum jemaah balik..
Abd Razak Abd Razak Isnin, Oktober 18, 2010
Salam Sis Nur...

Seharusnya imam masjid perlu menyediakan teguran dalam khutbahnya tentang perkara ini agar jemaah faham akan hukum jual beli di waktu solat jumaat
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 18, 2010
salam brother Razak
itu aku setuju
aku rasa ramai juga kaum adam masih
tidak tahu akan hukum hakam berjual beli pd solat jumaat

jadi aku juga mengalu2kan kepada kita2 semua
mana yang ada info baik seperti ini
maka haruslah kita kongsi2kan
agar semua tahu hukumnya