Nasi lemak 'A' indah gambar dari sebenar

4 hari lepas nur sekeluarga pergi bercuti ke Kuching Sarawak.. Dah lama rasanya tak pergi bercuti beramai-ramai. Seronok rasanya.. Mak mertua dan hubby suka sangat dapat berjalan ke Sarawak sebab dapat makan mee kolok. Rasanya oklah... macam makan maggie goreng kicap. Sebenarnya plan ke sana pun di saat-saat akhir. Jadi kami terbang ke Kuching dengan penerbangan 'A'.  Nak fly Malaysia Airline dah penuh. hmmmm.... bila cakap pasal penerbangan 'A' ni teringat le nasi lemak Pak Naseer. Orang kata sedap. So nak cubalah... Bila tengok menu nampak berselera sangat... baik-baik kenyang jadi lapar balik.. hiasannya cukup menyelerakan.


Gambar dalam menu sangat menarik


nasi lemak yang nur beli.. tak seindah rupa

Nur bukan le seorang yang suka sangat mengomen tapi bila terjadi seperti ini terasa  seperti di tipu dan terbantut nak makan. Selera yang memuncak-muncak tiba-tiba hilang... walau macam mana pun mak mertua memuji nasi lemak Pak Naseer sedap. Tapi bagi nur walau sesedap manapun biarlah hiasannya cantik seperti yang digambarkan...

5 comments.. read them below or add one

Sulela Sulela Rabu, Disember 30, 2009
Sama la macam iklan ayam KFC. Teliur bila tengok kat iklan tv. Tapi bila beli...huhhuuu...takde samanya...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Disember 31, 2009
salam su
iyalah... yang iklan KFC lagi le mengancam... tapi bila beli kecut semacam...
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, Disember 31, 2009
itu airline macam saya tahu. saya pernah juga kena kes macam ni. order nasi goreng dengan sate. nampak menarik tapi bila dapat hampeh.
 Lee Lee Sabtu, Januari 02, 2010
Hi Nur, happy new year. Wishing you the very best of 2010.
Stay beautiful and have a great year, Lee.
nurmisnan nurmisnan Sabtu, Januari 02, 2010
hello uncle
happy new year 2 u 2. wahhh... beautiful huhhh.. u 2 stay handsome lohhh.. hehehehe

NUR