Jaga sikap kita


Nur nak kongsi sedikit kata-kata dan teguran kepada teman-teman tentang sikap manusia yang suka sangat mencarut, memaki hamun, menjerit-jerit macam orang hilang akal atau paling sopan kita kata 'manusia kurang sabar dan kurang adab'... Jika seseorang itu mempunya sikap penyabar dan bijak mengatasi masalah insyaallah mereka dapat tangani segala masalah yang mereka hadapi. Ini tidak, bila sudah kurang sabar hanya kerana perkara kecil saja akan menjadi perkara besar. Tidakkah ini boleh merosakkan akhlak kita terutama bila kita terjerit-jerit dan memaki hamun dihadapan anak-anak kita. Tidak takutkah ini akan menjadi ikutan pada mereka nanti? Akhir-akhir ini kerap juga nur mendengar kutukan, hinaan dan kata mencarut keluar dari sikap kemarahan manusia-manusia yang tidak berakhlak penyabar. Contohnya pada minggu lepas Nur dan teman menyaksikan satu drama di lokasi shopping mall di Kuala Lumpur.. Sepasang suami isteri dengan 2 anak yang masih kecil berumur dlm lingkungan 10 tahun dan 7 tahun. Ibu kepada anak ini menjerit-jerit dan memaki hamun pelayan tersebut kerana lambat mengambil order. Merah padam muka pelayan tu macam nak menangis tapi kerana sikap sabar pelayan lelaki tu hanya meminta maaf. Nur tengok pun geram bercampur marah pun ada juga tapi berfikir mungkin silap mereka kerana lambat mengambil order. Tapi pesan nur cubalah memahami situasi mereka.. Bukan seorang saja mereka harus melayan tapi berpuluh orang. Hanya kerana terlewat sedikit wanita itu sudah menunjukkan personaliti yang sangat-sangat buruk laku pada manusia di sekelilingnya. Kalau Nur lah, isshhhhkkk malunya. Macam tak ada maruah diri...
Memang benar apa yang di tegur oleh brother kita pena maya...

Sedikit teguran

kita umat Islam
harus berperibadi sederhana
kena ada sifat sabar dalam diri kita
jangan emosi melebih terhadap sesuatu perkara

dan apabila berkata
jangan berkata-kata hentam kromo
berkata-katalah dengan akal
berkata-katalah dengan waras

jangan dihina orang
sekalipun orang itu salah
kerana setiap perkataan kita ini
akan dicatit
setiap perkataan yang diungkap
akan membentuk jiwa kita

(dan nur sambung sedikit dari kata-kata pena maya)

setiap perbuatan akan di lihat
anak-anak kecil juga turut berminat
jangan terperanjat bila mendengar
kata-kata kesat yang di keluarkan
datang berpunca dari siapa
yang harus kita persalahkan...

p/s: cuba kita renung-renung dan tenung-tenung sedalam-dalamnya sikap kita..
Jaga sikap kita

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown Selasa, Disember 08, 2009
.,.salam nur..its the sign of the times..ours is a decaying society..bermula drp pemimpin sahingga raayat biasa..petanda-petandanya banyak..if we care to look..sports, for instance..semuanya merosot..nilai-nilai hidup hanya sekadar slogan sahaja..religion is but a word..used and abused for political gains..I fear for my children and grandchildren..
Sulela Sulela Rabu, Disember 09, 2009
Betul kata Nur tu. Segalanya berlandas pada tahap kesabaran seseorang. Jenis yang panas baran neh, susah la nak cakap...haiyyooo...