"Maafkan saya.." susah sangat ke???


Banyak yang kita perolehi daripada meminta maaf dan memberi kemaafan. Selain dilimpahi pahala yang besar, kita juga dapat mengutuhkan ikatan yang terbina, menjaga keharmonian sebuah hubungan dan sentiasa belajar untuk membaiki kelemahan diri di samping membaiki kesilapan lalu. Maaf ini hanya sukar dilafazkan oleh orang yang ego, degil dan tidak pernh mengaku salah. Memanglah ada kala mengaku kesilapan diri itu satu kepahitan namun kemanisan itu akan kita nikmati selepas mengecap jalinan hubungan yang lebih baik selepas itu. Praktikkan perkara dibawah ini untuk menjadikankamu insan yang lebih baik dan sentiasa disayangi orang.




  1. meminta maaf boleh diluahkan dengan bermacam-macam cara, tidak semestinya   hanya dgn kata-kata. belikan sesuatu seperti bunga, coklat atau benda yg dia suka juga blh dijadikan sebagai kata maaf


  2. jika tidak boleh dgn kata-kata atau malu meminta maaf, cuba guna kaedah sms atau email dan luahkan rasa kekesalan


  3. jangan meminta maaf semasa dia marah atau bengang. Beri dia tenang dahulu dan beri dia masa sebelum menceritakan keadaan sebenar


  4. jangan menoktahkan kata-kata atau ayat selepas ucapan maaf. teruskan dgn ayat lengkap untuk mengukuhkan lagi sebab dan kemestian maaf kita di terima. ini bagi mempengaruhi si dia untuk meyakini kata-kata kita/kamu itu


  5. maaf tidak semestinya diucapkan pada waktu kita bersalah sahaja. jika dalam keadaan yang masing-masing keliru mencari salah siapa, ambil inisiatif untuk kita yang memulakan uacapan maaf itu. percayalah selepas itu mesti dia  juga akan turut lembut hati dan mencari salahnya juga


  6. jika kita rasa tiada kepentigan utk memohon maaf, fikirkan sejenak orang di sekeliling kita yang akan terkena impaknya jika hubungan kalian menghadapi ketegangan. Mungkin anak, ibubapa yang mengharapkan kita bersatu, teman-teman yang banyak membantu atau sesiapa saja ynag kita sayang


  7. ucapan maaf lebih bermakna jika di sertakan dengan berjabat tangan dan senyuman yang manis. jangan pula meminta maaf sekadar melepaskan batu ditangga...


  8. jika tiada jalan kai lagi yang boleh ita fikirkan, cuba kita guna orang tengah tetapi mesti pastikan bahawa orang tengah itu kita boleh percaya dan tidak punya sikap buruk yang suka menokok tambah cerita


  9. bila kita diminta memaafkan seseorang itu jangan pula kita berkeras hati. maafkan saja dia. yang penting tugas kita selesai


  10. cuba lebih berbaik lagi selepas dia memohon maaf, tidak salah jika kita juga lebih runtun hatinya dan menyegarkan kembali hubungan


  11. selepas meminta maaf, jangan le pula diulangi kesalahan sama dan jangan pula mengambil kesempatan atas kelembutan hati org lain

0 comment... add one now