ingat ALLAH sentiasa


Jika dilihat dari mata kasar, kebanyakkan Muslimah tampil sempurna dengan pakaian menutup aurat. Memang menawan. Namun seseorang itu tidak cukup 'indah' jika tiangnya masih lemah iaitu iman.

TIANG yang dimaksudkan itu ialah solat iaitu rukun islam yang WAJIB dilakukan dalam apa jua keadaan kecuali atas beberaoa sebab seperti mana yang digariskan di dalam Al Quran. Laksanakan ia sebaliknya kerana syurga adalah janji-NYA kemudian hari.

ABU HURAIRAH meriwayatkan, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal pada hari kiamat kelak adalah ibadah solat. Jika baik amalan solatnya, beruntunglah dia. Jika rosak amalan solatnya,
pasti dia akan menyesak dan berasa sangat rugi. Jika orang itu mendirikan solat wajib secara tidak sempurna, ALLAH akan menyatakan kepada para malaikat,
'Wahai pada malaikat, periksalah hamba-Ku ini. Adakah mereka akan melakukan
solat sunat? Apabila ada solat sunat yang dilakukan, ia dapat menampung
kekurangan solat wajib yang didirikan secara tidak sempurna. Begitu juga
dengan amalan wajib yang lain'
~ Hadis Riwayat Tirmidzi ~

Jadi ingatlah walau bagaimana sibuk pun diri kita, ingatlah Dia Yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Pencipta. Jika ita lupa pada-Nya, Dia juga akan melupakan kita, Di saat kita ditimpa bencana, kepada siapa kita akan meminta jika bukan kepada Dia. Allah Yang Maha Mendengar, Maha mengasihi, Maha Menyayangi? Tidakkah ketika itu kita malu untuk mengangkat tangan yang selama ini tidak pernah menadah kepada-Nya memohon perlindungan?

Mohonlah keberkatan daripada-Nya dengan melaksanakan solat. Yakinlah diri kita akan dilindungi di dunia dan azab api neraka di akhirat kelak. Didiklah anak-anak kita dan sematlah di jiwa mereka tidak ada yag lebih utama di dunia in melainkan Allah

~Amin~

nukilan dari majalah Nur

3 comments.. read them below or add one

AriffAriff Rabu, November 25, 2009
Info yg bagus pasal solat sunat:-D
hikayathati hikayathati Khamis, November 26, 2009
Peringatan utk kita semua yang kadang-kadang atau pun selalu melewat-lewatkan solat.
nurmisnan nurmisnan Khamis, November 26, 2009
salam
arif

alhamdullilah.. sama2 kita berkongsi dan mengingati antara satu dgn lain.

nura
memang benar.. kejarkan akhirat dahulu barulah kejar hal duniawi