Salam perkenalan

Salam
Alhamdulillah.... akhirnya tercipta satu lagi blog utk teman2 Nora dan juga kepada sesiapa saja yang sudi membaca utk berkongsi cerita, pengalaman, petua, masakan atau apa2 saja perkara yang menarik. Ramai teman2 nora suka berkongsi cerita mengenai hal2 keluarga bahagia, resepi, politik, cerita seharian atau yang lebih menarik tentang hal agama. Memang sangat teruja bila membaca tentang agama dan keluarga bahagia. Selain mendapat ilmu2 pengetahuan kita juga dapat membantu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan masalah2 lain.

Nora percaya ramai di antara kita atau teman2 mempunya masalah sendiri. Bukan hanya mengenai hal keluarga tetapi kadang2 masalah2 lain juga datang selepuk di kepala. hmmm... macam mana nak selesaikan masalah dlm masa yang singkat jika kita tidak mendapat nasihat untuk di luahkan. So... inilah yang cuba nora fikirkan. Sebagai manusia nora juga punyai masalah sendiri dan selalu berbincang dan berkongsi masalah kepada teman2 yang sentiasa mengambil berat dan bertanya. alhamdulillah.. semua teman2 memahami dan memberi pendapat, nasihat serta semangat kepada nora.

Jadi... wahai kawan2 atau teman2 ku marilah kita bersama2 membantu di antara satu dgn yang lain. Dan jika ada tersalah atau tersilap terkata dapatlah kita sama2 menegur dan membaikinya.

salam sayang untuk semua....

p/s: Blog ni terbuka untuk semua kaum. Maka jangan segan2 kaum adam jika mahu berkongsi cerita dan memberi pendapat ya... Kita semua kena bersikap terbuka...
Salam perkenalan

0 comment... add one now