Petua & Resepi

Salam.... Kali ni Nora nak berkongsi petua dan resepi kepada teman2.. Mesti antara kita ada yang suka makan Tempoyak. Kalau tak ada tempoyak mcm tak sempurna je masakan dan hidangan kita. Tapi bukan semua suka makan. Tak pe... Nora nak beri petua bagaimana nak buat tempoyak tahan lebih lama dan sedap =)). 

Mula2 sekali ambil isi durian. terpulang pada teman2 nak guna durian kampung atau D24 atau byk jenislah skrg. Tapi ingat, jika guna isi durian yg ada rasa masam boleh merosakkan rasa kesedapan tempoyak tersebut. Ramas isi durian dan buangkan bijinya. Tambahkan garam mengikut banyak mana isi durian tadi dan gaul rata. Kemudian simpan dalam fridge untuk semalaman dlm bekas tapis supaya air dlm isi durian tadi dapat di buang.

Ambil beberapa tangkai cili api/padi kemudian gaul rata. Jangan lupa di simpan dan tutup dengan padat bekas tempoyak tadi. Insyaallah tempoyak akan tahan lama hampir sethn dan rasanya sedap.

p/s : tidak perlu tambah gula kerana durian yg di gunakan sudah pun manis.


Yang ke2 pula resepi membuat Sambal Tempoyak Goreng. Nora ambil resepi ni dari abg ke 2 nora . Dia memang gemar memasak. Setiap kali kalau pulang ke kampung mesti Nora suruh dia buat Sambal Tempoyak Goreng ni. hehehehe... menjilat jari tau!!!!



Bahan2
1/2 mangkuk kecil Ikan bilis yg di goreng separuh masak - di tumbuk kasar
1 mangkuk kecil Tempoyak
Cili Padi/Api - di tumbuk lumat (ikut suka nak pedas tambah lg)
3 biji bawang merah - di tumbuk halus (tapi nak hiris pun lagi sodap)


Cara2nya
Tumis bawang merah hingga naik bau.
Masukkan ikan bilis dan cili api tumbuk biar hingga garing kemudian masukkan tempoyak. Pastikan api tidak terlalu kuat dan sentiasa di kacau. Tambahkan garam jika kurang masin dan akhir sekali masukkan sedikit saja gula sebagai pengganti perasa aji. Goreng sampai naik minyak. Rasa ikut selera masing2..


Sedap di makan dgn nasi panas dgn ikan patin masak lemak cili serta ikan kering terubuk.
tak ada ikan masak lemak pun tak pe. Lauk lain pun sodap juga....
*selamat mencuba..*





0 comment... add one now