Ikan Terubuk Masin

Bila terpandang ikan terubuk masin pasti hati meluap2 hendak membelinya. Tetapi bila terbayangkan tulangnya yang terlalu halus dan banyak membuatkan kita tawar hati untuk membelinya. Sekarang jangan risau... kali ni Nora ingin berkongsi petua bagaimana hendak mengelakkan dari termakan tulang ikan terubuk..

petua 1
Mula2 sekali potong ikan menjadi kepingan kecil selebar 4 atau 3 inci. Setiap kepingan isi ikan tadi di hiris dadu tanpa putus kulit ikan. Kemudian rendam dlm air sebentar untuk hilangkan masin. Akhir sekali di goreng dengan garing... siap untuk di makan

petua 2
Jika membeli ikan terubuk seekor, pegang kepala dan ekor kemudian tarik dengan kuat atau orang kata rentap ikan tersebut. Abang aku kata masa merentap ikan tuh mesti ada keluar bunyi PRAPPPP!!!!... Hahhhh.. itu tandanya ikan dah boleh di goreng. Memang selamat dari bahaya tulang.

Ikan ni selamat di makan jika anak2 kita gemar memakan nasi bersama ikan masin terubuk... "SELAMAT MENCUBA YA...."

Maaf cinderella!!! Nora minta izin pada cinderellahardlena sebab copy paste gambar ikan terubuk ni. Gambar ikan terubuk Nora sudah terpadam. terima kasih banyak2. 

3 comments.. read them below or add one

hikayathati hikayathati Isnin, Oktober 19, 2009
Tahniah! menarik blog nora ni.Suka memasak dan makan rupanya Puan Nora kita nih..ok selamat berblog.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 19, 2009
thanks sweety... blog nura juga menarik. seronok baca tadi. kita kunjung mengunjuglah lepas ni. selamat berkenalan
Nazri Nazri Rabu, Jun 20, 2012
selalu goreng garing ja ikan terubuk ni especialy kalau yang bawa balik dari Miri.