Bertengkar secara positif

Salam... bersyukur kehadrat illahi sebab kita di kurniakan cahaya mata yang sangat cantik, bijak, hormat pada ibu bapa, bijak mengaji dan punyai sikap rajin menolong. Persefahaman, kepercayaan dan saling bantu membantu adalah sikap terpuji di alam berumah tangga.  Kebahagian dan kesengsaraan sudah menjadi lumrah hidup dlm berumahtangga. Jadi tidak hairanlah jika ada di antara kita mempunya sifat panas baran bila berlaku pertengkaran.. Ini ada di selitkan tips bila mana berlaku pergaduhan/pertengkaran. jom kita cuba...

1Jangan terlampau banyak bercakap Ketika bertengkar, masing2 dalam keadaan marah. Ketika marah, perkara yang logik sekalipun tidak di terima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat mereka. Sebagai suami walaupun punya hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda. Ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hatu kepada pasangan dan membuatkan dia bosan dengan anda. Yang perlu dilakukan adalah memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.
2Jangan menyebut kelemahan pasangan. Bukan hanya pasangan anda yg mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi dgn mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagipun, andan tidak akan menang dengan cara mengungkit sebaliknya menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai anda dahulu supaya apabila giliran anda, dia tidak akan meninggikan suara.
3Jangan membalas perbuatannya Sebagai contoh, anda tidak suka pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki @ perempuan luar. Anda cuba utk menyedarkan pasangan anda tetapi jangan pula membalas anda berdendam dan membuat perkara yang sama di hadapan pasangan anda. Keadaan ini akan membuatkan pasangan anda menjauhkan diri dan akhirnya perhubungan anda berdua semakin renggang...
4Jangan cuba mengubah pasangan. Anda dibesarkan dalam keluarga "begini", pasangan anda dibesarkan dalam keluarga "begitu". Pastilah terdapat perbezaan antara kedua2nya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dgn pandangan anda.
5Fokus pada masalah Jangan meleret-leret sehingga perkara yg bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah
6Jangan meninggi-ninggikan suara. Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilan suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadkan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yg sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7Gunakan panggilan manja. Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' @ 'B' @ 'darling' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar ketika bertengkar menyebabkan pasangan merasakan dirinya rendah sekali. Jangan sekali-sekala menggunakan panggilan kasar seperti 'Aku @ kau'
8Elakkan terlalu emosional. Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yg di katakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yg tidak-tidak terhadap lawannya. 9Gunakan perkataan yg baik2 Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yg tidak menyalahkan pasangan ada. Cara ini akan menyebabkan masalah cepat selesai. Antara contoh perkataanyg blh anda gunakan ialah "B rasa sayang tak patut buat macam ni" berbanding perkataan "ni semua salah kaulah"      (bersambung.......)

Allah berfirman dlm surah al-A'raf: 12 bermaksud, "engkau (Tuhan) telah menciptakan aku (syaitan) dari api, dan engkau ciptakan ia (manusia) dari tanah."
Bertengkar secara positif